tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 3 Mei 2011

BOB LOKMAN CUBA CARI PUBLISITI MURAH



Rasanya ramai yang kurang mengenali Bob Lokman yang sekarang ni dah berlagak bagai seorang ulama yang tersohor.Konon industri hiburan negara ini sudah jauh menyimpang walau pun Bob sendiri adalah sebahagian dari kumpulan itu dahulu.BENARKAH dunia hiburan penuh dengan hipokrasi? Bekas pelawak, Bob Lokman, beberapa hari lalu telah memberikan sebab mengapa beliau keluar dari dunia hiburan. Katanya, beliau sudah insaf dan tidak mahu bergelumang dengan dunia hiburan yang hipokrit. Sebab itulah beliau masuk parti politik yang gunakan lambang Islam.

Wah! Betul ke dunia hiburan begitu? Saya jadi risau, sekalipun bagi saya Bob bukanlah nama besar, tapi jika benarlah apa yang dikata itu, bermakna dunia hiburan itu tidak membawa kebaikan juga kepada artis-artis yang berada di dalamnya.

Lalu, saya tanyakan soalan ini kepada seniman yang sudah berkecimpung lebih 35 tahun di dalamnya, Jamal Abdillah.

Apa lagi, Jamal bukan main berang dengan kenyataan Bob itu yang katanya adalah 'cakap-cakap dari seseorang yang kehabisan modal.'

'Kita ini tak bolehlah cakap ikut suka. Soal hipokrasi ada di mana-mana, dalam apa jua bidang. Dalam dunia politik itu sendiri yang disertai oleh Bob hari ini, apakah tidak ada hipokrasi?' tanya Jamal.

Mungkin ada yang keliru dan masih terpinga-pinga apa sebenarnya yang berlaku.

Untuk pengetahuan anda, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47 tahun, baru-baru ini telah mengumumkan keluar dari dunia hiburan untuk menjadi ahli parti PAS.

Apabila ditanya mengapa beliau berbuat demikian, kata bekas pelawak itu, beliau tidak mahu hidup dalam kepura-puraan dunia hiburan. Beliau sekarang ini bergerak dengan parti tersebut mengadakan ceramah di sana-sini.

Dalam satu temubual yang dibuat oleh sebuah laman portal minggu ini, Bob memberitahu beliau keluar atas sebab-sebab itu - dunia hiburan yang hipokrasi dan beliau sudah insaf. Beliau turut menyalahkan sistem yang tidak betul.

Menyalahkan dunia hiburan 100 peratus tentulah mengundang reaksi yang tidak menyenangkan.

Lebih-lebih lagi dunia hiburan telah memberikan nafas dan kehidupan serta rezeki yang tidak putus-putus bagi sebilangan besar artis.

Kerana itu, Jamal, 52 tahun, tidak berpuas hati dengan komen Bob yang mahu bekas pelawak itu melihat dengan lebih rasional dan matang, bukan menyalahkan industri.

'Lazimnya orang yang salahkan orang lain, sebenarnya mahu lari daripada menyalahkan dirinya sendiri. Kerana, orang yang menyalahkan orang lain hanya untuk menutupi kelemahan kerana diri sendiri ada kekurangan.

'Jika kita sudah tidak mampu bersaing dengan orang lain, janganlah salahkan industri. Bagi saya, beliau sudah tidak ada apa untuk ditawarkan kepada industri' kata Jamal.

Lalu, tambahnya, soal hipokrit tidak timbul kerana terpulang pada manusia itu sendiri untuk hidup secara pura-pura atau tidak.

'Hipokrit itu sendiri sebenarnya apa? Ia adalah orang yang melakukan dosa tapi berlagak baik dan dalam dunia yang dimasuki oleh Bob sekarang ini, perkara begitu banyak berlaku dengan jelas.

'Hari ini, ada orang cakap soal agama, soal hadis, tetapi hakikatnya, dialah orang yang paling tidak boleh dipercayai.

'Ini memang ada dalam dunia politik sedangkan dalam dunia hiburan, kita menghasilkan lagu atau karya yang mengajak pada keamanan, kecintaan dan sayang menyayangi. Di dalamnya ada perpaduan, ada seruan untuk hidup harmoni.

'Dan semua ini kita nyanyikan untuk didengari dan dihayati oleh setiap masyarakat, tidak kira apa anutan politiknya,' terang Jamal yang kesal dengan kenyataan Bob.

'Saya ingin bertanya, apakah dalam bidang yang dia ceburi hari ini, dia tidak terhindar dari memburuk-burukkan orang dan menanamkan sifat-sifat benci serta memecah-belahkan ummah, adakah itu betul?

'Saya ini orang yang melalui banyak suka duka, tapi saya tidak salahkan industri tempat saya cari makan selama ini. Kita salahkan diri sendiri. Ini yang saya belajar di Rumah Pengasih, tempat saya tinggal sehingga kini, bahawa bila kita sudah tidak ada apa, kita akan salahkan orang lain,' kata Jamal.

Itu baru komen Jamal, belum lagi Datuk Siti Nurhaliza atau seniman-seniman veteran lain yang masih aktif dalam dunia hiburan sehingga kini. Saya percaya orang seperti Datuk Ahmad Jais, Datuk Aziz Sattar, Datuk Yusuf Haslam dan ramai lagi yang masih berkecimpung dalam industri ini sudah ada jawaban tersendiri pada komen Bob ini.

Cuma saya ingin bertanya, apakah jaminan yang dunia baru Bob hari ini tidak terlepas dari hipokrasi? Jangan terlepas dari mulut harimau, masuk ke mulut naga.

3 ulasan:

  1. Bob ni adalah artis yang tak lengkap pun dan suam suam kuku.

    Sebab industri kesian bagi la dia jadi pengacara dan berlakun. Sedangkan ramai lagi orang lain yg jauh lebih berbakat dari dia.

    Bila dia tengok orang PAS hidup senang lenang mungkin berok macam dia di perlukan. Bob ada terbau wang di PAS!

    SEkurang kurangnya naik pentas dapat bayaran. Bob dah kaji ini semua.

    Masa depannya dalam seni malap.

    BalasPadam
  2. AKU BAGI BOB NI DALAM 2 TAHUN JE....LEPAS TU MESTI GOSTAN BALIK....SEKARANG NI TENGAH PANAS ORANG ANGKUT LA KEHULU KE HILIR....DAH TAK LARAT DAN TAK LAKU NANTI AKU YAKIN PASTI BOB PUSING BALIK...BANYAK DAH CONTOHNYA....

    BalasPadam
  3. Seharus nya kita semua doa kan si Bob Lokman tu supaya mendapat lebih hidayah dari Allah. Kita merasakan apa yang Bob cari masih belum dapat sebab tu ... dia merayau sana sini dengan puak puak si bulan. Dia buka mulut kat sana sini dengan harapan dia dapat apa yang ida mahu

    tetapi saya ingin nasihat kan si Bob, nak cari tuhan , nak cari Allah tak semesti nya menjadi musang yang berkeliaran mencari ayam memadai dengan cara bekhalwat (bersendirian serta mengamalkan beberpa petua yang diajar oleh mungkin ToNik, atau HjHadi atau sesiap juga Ulama tersohor.

    Jadi kalu nak mencari ilmu lupakan dunia sebentar kerana berpolitik juag sebahagian dari dunia.

    Percaya lah... ikut kata hati mati ikut kata mulut binasa.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH