Ini khabar terbaru yang diterima.Satu sumber memberitahu besar kemungkinan Datuk Shazryl Eskay Abdullah akan di dakwa di mahkamah hari ini ( Selasa) selepas disiasat polis sejak bulan Mac lalu berhubung skandal pendedahan video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Tapi tak pasti samada Eskay seorang atau bertiga dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim,"katanya.
Menurut sumber itu sudah pasti ada banyak perkara menarik yang akan dibongkarkan di mahkamah apabila Datuk T di dakwa.
"Banyak persoalan yang belum orang ramai tahu, seperti macam mana video itu ditemui, bagaimana Eskay boleh yakin sangat individu itu Anwar sampai berani sumpah laknat, di mana ia ditemui, apa hubungan Eskay dengan Anwar, dan macam-macam lagi, semua itu akan terdedah di mahkamah,"katanya.
Sebelum ini, Eskay dikatakan mendedahkan rakaman video seks selama 22 minit kepada sebahagian wartawan kanan media terpilih pada 21 Mac lalu, berikutan itu, Anwar membuat laporan polis menafikan perkara tersebut dan meminta individu yang menayangkan video tersebut diambil tindakan.
Eskay sebelum ini mengatakan beliau bersedia untuk ke mahkamah bagi mendedahkan kebenaran kes tersebut.
Sebelum ini, polis mengesahkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu dibuat selepas polis menerima laporan dari pakar luar negara dipercayai dari Amerka Syarikat dan Korea Selatan.
“Saya mengesahkan video itu tulen namun saya tidak mengesahkan pelaku tersebut adalah Anwar,” katanya.
Mengulas mengenai indentiti pelakon vidoe tersebut, kata Khalid, tiada keperluan undang-undang untuk menghebahkan pelaku dalam rakaman video tersebut.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, berdasarkan undang-undang, geng Datuk T boleh di dakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, iaitu jika sabit kesalahan berkaitan tindakan itu, mereka yang didapati bersalah boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Seksyen yang dimaksudkan itu iaitu Seksyen 292 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) berbunyi:
``Barang siapa (a) Menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan atau secara awam atau dengan apa-apa cara mengedarkan atau bagi maksud menjual, menyewa, membahagi-bahagikan, menunjukkan secara awam atau mengedarkan, membuat, mengeluarkan atau da dalam miliknya apa-apa buku, risalah, kertas rajah, lukisan, gambaran atau patung yang lucah atau apa-apa jua benda lain yang lucah, .... hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga tahun, atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.''
Sementara itu, selain kes mahkamah, Agendadaily dengar cerita satu pendedahan melibatkan Eskay juga dipercayai akan dilakukan hari ini ( Selasa). Sehingga kini belum pasti ianya melibatkan apa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA