Isnin nanti seluruh rakyat akan tahu samada Anwar akan di lepaskan atau di tuduh meliwat Saiful.
Nasib Anwar terletak di tangan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang dijangka akan mengumumkan keputusan penting itu sekitar jam 9 pagi.
Apakah keputusannya akan memihak kepada hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden yang mewakili pihak pendakwaan ataupun barisan peguam Anwar, Karpal Singh, Ram Karpal serta S N Nair?
Jika hakim mendapati wujud prima facie, maka akan bermulalah lagi perbicaraan sebenar yang memakan masa entah berapa lama.Jika sabit kesalahan, di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Jika Anwar dibebaskan, tak perlu ceritalah kesannya kepada politik di negara ini.
Sementara menunggu D-Day Isnin ini, kita toleh ke belakang bagaimana cerita ini bermula.
Sejah tercipta pada 28 Jun 2008 apabila Saiful membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat oleh Anwar pada 26 Jun 2008 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Kuala Lumpur.
Tindakan Saiful yang mengejutkan seantero dunia itu membuat Anwar panik dan keesokannya lari mencari perlindungan di Kedutaan Turki. Difahamkan semasa Anwar berada di kedutaan itu dia sempat membuat panggilan ke Amerika Syarikat, meminta pertolongan kawan-kawannya di sana.
Anwar hanya keluar dari kedutaan itu keesokannya dan pada sidang akhbar dia mendakwa wujud konspirasi pihak tertentu menjatuhkannya menggunakan isu liwat.
Dia terus memfailkan saman ke atas Mohd Saiful di Mahkamah Tinggi dengan mendakwa bahawa Saiful membuat laporan polis itu dengan motif jahat dan juga untuk menjejaskan peribadinya sebagai seorang ahli politik.Pada 1 Julai Anwar buat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.
Keesokannya (2 Julai) Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ketika menyampaikan Kuliah Hadis di Masjid Alwi, Kangar mencabar Anwar dan Mohd Saiful bersumpah mubahalah untuk membersihkan diri masing-masing.
Pada 31 Julai Menteri Dalam Negeri ketika itu, Syed Hamid Albar mengumumkan siasatan kes liwat terhadap Anwar sudah selesai dan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara. Pada 6 Ogos Anwar menerima sapina supaya hadir di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 7 Ogos untuk menghadapi tuduhan liwat berkenaan.
Keesokannya Anwar didakwa di Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii (meliwat) Saiful. Anwar mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu dan dibebaskan dengan bon jaminan peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.
Anwar juga tidak perlu menyerahkan passport antarabangsa sebagai jaminan beliau tidak meninggalkan negara ini.Pada 15 Ogos, Saiful bikin gembar apabila dia dia melakukan sumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan.
Sejak itu macam-macam ding dong berlaku dan Anwar menggunakan kesempatan menjadikan kes itu modal dalam ceramah-ceramahnya termasuk dalam beberapa pilihanraya kecil, walhal perbuatannya itu jelas menghina mahkamah.
Perbicaraan dalam perbicaraan kes liwat ini hanya bermula pada 3 Februari 2010 dan sejak tarikh itu ia sudah lima kali ditunda.
Antara punca penundaan itu ialah pertikaian mengenai senarai saksi dan bahan bukti yang membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan, Karpal mengalami sakit dua kali kerana denggi dan cirit-birit dan kemudian kerana kematian adiknya, serta cubaan peguambela memohon hakim digugurkan daripada kes.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA