tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 11 Mei 2011

DRAMA TERBARU DARI PELAKON SEX PALING TOP


Pagi Selasa bila tersebar SMS mengatakan Abdullah Sani Said,pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim nak buat laporan polis pada sebelah petang mendakwa ada cubaan nak sabotaj kereta bosnya ada kalangan wartawan yang dah kata , “ lawak apa pulak kali ini”.Malah ada yang mulut lazer sikit dengan nada sinis kata, “ rasa macam pernah dengar …”


Kalau nak tau puncanya ialah sejak kebelakangan ini sudah berlegar cakap-cakap di sana sini tentang ada ‘drama baru’ yang mungkin timbul untuk menarik simpati orangramai ditengah-tengah kehangatan isu video seks dan menjelang sambung bicara kes liwat pada 16 Mei ini dimana ‘ lelaki Y’ sudah dikenalpasti.Jadi jalan ceritanya sudah macam James Bond vs Mat Bond.Datuk Sharzly Eskay Abdullah yang dapat video seks Anwar diibaratkan sebagai James Bond dan kini ada muncul Hamba Allah yang nak jadi Mat Bond cuba sabotaj keretanya.

Entah siapalah Mat Bond itu namun dakwaan Abdullah Sani cukup serius bunyinya.Ini kerana selepas membuat laporan polis yang dibuat di balai polis Merchant Square dekat ibupejabat PKR di Tropicana,Petaling Jaya jam 3.30 petang Abdullah Sani memberitahu wartawan dia percaya ia cubaan untuk mencederakan atau membunuh Anwar.

alt


Dakwaan ini gara-gara penemuan pin pada nat untuk menyokong cakera brek kenderaan Mercedes Benz S350 milik seorang kawan yang selalu dinaiki oleh keluarga Anwar telah dikeluarkan.Katanya dia dimaklumkan oleh mekanik adalah mustahil nat itu boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dilakukan seseorang.Dakwanya hal berkenaan disedari pada 19 April lalu apabila kereta yang dipandunya membawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin daripada program parti di Chemor, Perak, terhuyung-hayang semasa di Lebuhraya Utara Selatan.Juga dakwannya kereta itu adalah dalam keadaan baik sebelum itu.Bagi yang tidak mudah lupa dakwaan ancaman pada nyawa Anwar ini bukanlah cerita baru.Ketua Umum PKR itu pernah lari masuk ke dalam Kedutaan Turki semasa awal-awal ketika timbul dakwaan kes liwat Saiful Bukhari Azlan dulu.Akhirnya habuk pun tarak.

Itu Jun 2008 dan sekarang ini sudah Mei 2011.Anwar ke sana kemari dalam dan luar negara bagai burung bebas terbang tanpa sesiapapun menjentiknya.Sebelum itu waktu dalam penjara kes liwat pertama dulu timbul dakwaan cuba meracunnya.Ingat kes arsenik.Akhirnya begitu juga...habuk pun tarak.Juga bagi yang tidak mudah lupa pada 11 Februari 2011 iaitu hampir tiga bulan lalu,bekas Ketua Wira PERKASA Armand Azha Abu Hanifah ada membuat laporan polis bagi mendesak Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik Anwar.

Dakwa Armand, beliau mendapat maklumat Anwar sedang mengatur perancangan tersusun untuk mendapat suaka politik di luar negara.Beliau akan meniru cara bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan (civil disobedience) seperti rusuhan Baju Merah di Bangkok," kata Armand kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi petang hari itu.Jelas Armand lagi, beliau mendapat maklumat satu cubaan membangkitkan kemarahan rakyat melalui satu kemalangan jalan raya akan dilakukan melibatkan Anwar.Paling serius perancangan membangkitkan kemarahan penyokong dengan mendakwa kerajaan akan membunuhnya (Anwar) melalui insiden kemalangan jalan raya.”katanya.

Beliau mendakwa rancangan itu dibincangkan semasa satu perjumpaan pemimpin PKR di ibu pejabat PKR pada 2 Febuari lalu.Ketika ditanya sumber maklumat beliau, Armand berkata beliau telah mendedahkan kepada pihak berkuasa dan dinasihatkan supaya tidak memberitahu media atas alasan bimbang menganggu siasatan.Kata Armand, beliau membuat laporan polis untuk mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport antarabangsa Anwar supaya beliau tidak melarikan diri dan menjadi pemimpin buangan.Laporan ini juga dibuat bagi menangkis persepsi negatif yang cuba diwujudkan oleh Anwar kepada rakyat jika sesuatu perkara buruk terjadi ke atasnya," kata beliau.Difahamkan pada hari itu sahaja tiga laporan polis serupa dibuat PERKASA. Selain di Dang Wangi, satu di Sentul dan satu di Putrajaya.Kami akan buat di seluruh negara, supaya pihak berkuasa memandang serius kes ini," katanya.

Kisah yang mendakwa Anwar nak cabut lari ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor yang disiarkan media Isnin.Ezam yang pernah menjadi setiausaha politik Anwar mencadangkan kerajaan agar mengambil tindakan tegas ke atas Anwar kerana ketua pembangkang itu sengaja mewujudkan suasana tegang.Anwar kini semakin terdesak, beliau bukan sahaja akan cakap kotor malah akan main kotor. Kerajaan perlu segera tangkap Anwar dan rampas pasportnya kerana saya dapat maklumat daripada sumber terdekat beliau merancang untuk cabut lari selepas menimbulkan huru-hara,” dakwa Ezam.

Tidak kurang menarik ialah video al kisah mimpi bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan,Zahid Mad Arip yang dimuat turun dalam you tube pada 24 April 2011.Beliau secara sinikal menceritakan mimpinya tentang kemungkinan ada rancangan untuk mewujudkan suasana Anwar terancam untuk membolehkannya lari ke luar negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH