Nampak gaya bukan sahaja rakyat yang minat untuk mengetahui siapa sebenarnya pelakon video sex yang di katakan mirip Anwar malah ramai dikalangan pemimpin PAS sendiri ada yang tidak sabar untuk mengetahui siapa sebenarnay pelakon dalam video berkenaan.Walaupun Pemimpin tertinggi PAS seperti Nik Aziz seakan tidak percaya penglibatan Anwar dalam lakonan video sex itu tapi ramai dikalangan pemimpin Pas begitu berminat untuk ketahui kisah selanjutnya tentang video berkenaan.
Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, ini kerana parti itu dan masyarakat secara amnya kini semakin tertanya-tanya mengenai langkah susulan kesemua individu yang terlibat dengan isu video tersebut serta tindakan lanjut polis.Kita pegang kenyataan polis yang mengatakan video itu tulen seperti telah disahkan mereka (polis) sebanyak dua kali tetapi apa tindakan polis dan pihak terlibat seterusnya, adakah sebarang pendakwaan atau saman kerana isu ini berlarutan.Saya tidak mahu jawab soalan sama ada identiti individu (dalam rakaman) itu perlu didedahkan tetapi cukup sekadar mengatakan kami menanti penuh minat siasatan dan perkembangan seterusnya dan mengenai pemilihan parti akan datang, itu kita bincang lain kali.
Dalam pada itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, pengesahan polis mengenai ketulenan video berkenaan buat kali kedua adalah pelik serta boleh menyebabkan kredibiliti pasukan tersebut dipersoalkan.Tidak kira sama ada disahkan pihak tempatan ataupun pakar AS, kita semakin tidak mempercayainya kerana polis seperti tidak berani mendedahkan pelaku dalam video tersebut. Jadi saya tiada komen lanjut," katanya.Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mohamad Sabu yang dijangka bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti Jun ini ketika dihubungi berkata: "Kalau isu video seks, saya tidak mahu memberikan kenyataan, minta maaf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA