Salam yang di hulur oleh Umno pada Pas adalah satu sifat perjuangan Umno untuk melihat negara ini terus maju dan aman kerana rasanya sudah terlalu lama kita bangsa melayu dan rakyat negara ini di sajikan kemelut politik yang berpanjangan dan rasanya tiada kesudahanya.Kerana terlalu ingin mendapatkan kuasa dua parti politik yang berteraskan orang melayu sentiasa menyerang Umno untuk mendapatkan kuasa yang telah di buat keputusan oleh rakyat dengan memberinya kuasa untuk mentadbir negara ini.Tapi kerana sifat tamak dan dengki walau pun PAS memang di kuasai oleh golongan agama tapi pemimpin mereka tidak mahu mencari jalan penyelesaian untuk kebaikan orang melayu dan rakyat negara ini.
Kerana itulah PM telah menyarankan pada pemimpin Pas agar perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam.Pas tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP.Sudah banyak yang kita lihat contohnya.Terbaru semasa PRNS yang baru lalu.Apa yang Pas dapat selain hanya menguntungkan DAP.Apakah tidak terlintas di fikiran Nik Aziz yang Dap menggunakan Pemimpin Pas demi mencapai cita cita politik rasis DAP.
Tak kira lah sama ada Pas mahu bersendirian atau bergabung dengan UMNO, yang penting PAS tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha Pas dalam memperjuangkan Islam akan terhalang.Ini sudah dinyatakan dengan jelas oleh pemimpin DAP dimana mereka akan menghalang perjuangan Pas bagi menegakan negara islam.Tapi semua pemimpin Pas terutama Nik Aziz MEMEKAKAN TELINGA MEREKA kerana bagi pemimpin seperti Nik Aziz kuasa adalah satu cara Pas untuk membalas dendam pada Umno.Pas perlu menerima kenyataan tentang ideologi mereka yang jelas bertentangan dengan DAP.Dari segi pertimbangan, tak ada makna Pas kekal dalam pakatan rakyat. Soal dia nak bergabung atau tidak, itu soal lain.Sebab kalau dalam pakatan,Pas tidak boleh berbuat apa-apa tanpa kekangan DAP. Dalam banyak isu, DAP akan tetap membuat keputusan jika mereka beranggapan sesuatu yang tak boleh diterima berdasarkan ideologi mereka.
Bagi Pas yang penting adalah kuasa tanpa memikirkan kesannya pada orang melayu kerana Pas akan lakukan apa sahaja demi untuk memperolehi sokongan dari kaum cina .Entah apa dendam kesumat Nik Aziz pada Umno sehinggakan Nik Aziz telah menuduh Umno perangkap Anwar dengan SEX.Nik Aziz hanya menggunakan pengaruh Anwar untuk mendapatkan kuasa kerana Pas pada saya tidak berupaya untuk memenangi hati orang melayu.
Sebelum terlambat jadi adalah lebih baik Nik Aziz dan pemimpin Pas bermusahabah diri kerana yang mendapat untung adalah bangsa melayu itu sendiri.Jangan sudah tergadai semuanya nanti barulah nak menyesal.
Pengalaman pahit di'tendang' keluar dari BN membuat TGNA menaroh dendam kut ?
BalasPadam