Saiful Bukhari mangsa liwat dalam perbicaraan Liwat yang mana tertuduhnya Dato Seri Anwar Ibrahim menyatakan melalui laman Tweeter nya bahawa
"Syukur dgn keputusan pada hari ini. Diharap peringkat perbicaraan seterusnya berjalan dengan lancar. Akan terus doa, istiqamah & sabar.
Untuk makluman, OKT (Anwar Ibrahim) belum dijatuhkan hukuman, cuma tidak dibebaskan dan diperintah bela diri. Pembelaan perlu kemukakan saksi/alibi alibi selepas ini."
Menurut Hakim Saiful Bukhari seorang saksi yang berwibawa dan di tambah lagi dengan keterangan positif dari Doktor serta Bukti yang di pamerkan sepanjang perbicaraan ini memberikan pihak pembelaan gagal mewujudkan Prima Facie dalam Kes Liwat ini
Dalam pada itu Mahkamah memutuskan Tarikh Bela Diri pada 6hb Jun sehingga 30 Jun 2011.
Pertuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan rotan jika sabit kesalahan
Anwar Ibrahim, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA