Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin giat berusaha membersihkan diri dan reputasinya apabila menafikan gelaran pandi kutty yang disebutnya ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berceramah di Klang, Sabtu lalu.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, sepanjang beliau mengenali Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Anwar memang sering menyalahkan semua pihak dan baginya hanya dia sahaja yang berada di kedudukan yang betul.
“Sejak tahun 1970 saya kenali Anwar termasuk ketika menjadi rakan tahanan ISA di Kemunting selama dua tahun, beliau sering mengatakan dia difitnah dan apa yang terjadi ke atasnya adalah konspirasi politik.
“Adakah Anwar lupa bahawa dia sering berucap dan memberi ceramah dengan melemparkan tuduhan terhadap ramai pihak? Bagi saya, ini adalah balasan Allah kepada perbuatannya selama ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Anwar mengakui bahawa beliau ada menyebut perkataan pandi kutty yang bermaksud ‘anak babi’ dalam ceramahnya Sabtu lalu.
Bagaimanapun Anwar menafikan gelaran itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagaimana didakwa pelbagai pihak tetapi menujukan kepada UMNO.
Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, sikap Anwar yang sering menafikan kenyataannya atas tujuan ingin bersihkan nama dan kedudukannya dalam dunia politik adalah sia-sia.
“Anwar perlu ingat pada bidalan Melayu, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’. Saya lihat Anwar sebenarnya sedang menghadapi penyakit ‘sindrom penafian yang kronik’.
“Penafian Anwar itu sebenarnya menghina dirinya sendiri dan seluruh pengamal media khususnya wartawan di negara ini
Jika Anwar menafikan perkataan Pandy Kutty ditujukan kepada DS Najib, tetapi kepada UMNO maka ini bermakna ia mensasarkan perkataan tersebut kepada kebanyakan orang Melayu!!!
BalasPadamSemua yg ada diruangan ini adalah fitnah semata2. Pendokong2 halaman ini adalah terdiri drpd org2 yg berIQ tahap rendah yg paling layak menjadi pencacai2 UMNOapco/BN semata2.. mohon hidayah utk kita semua
BalasPadam