tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 14 Jun 2009

UMNO PAS:BN AKAN JADIKAN MANEK URAI SEBAGAI ANAK ANGKAT

Kerajaan Pusat akan menjadikan Manek Urai sebagai 'anak angkat' sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan tersebut pada 14 Julai ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, kawasan itu akan diberikan tumpuan khusus dari semua aspek terutama pembangunan infrastruktur sekiranya menjadi anak angkat kepada Kerajaan Pusat.

Beliau berkata, penduduk di sini seharusnya mengambil kesempatan dari pilihan raya kecil berkenaan sekiranya mereka mahu berubah dan menikmati kehidupan yang lebih baik berbanding sekarang.

''Harapan kita dengan semangat yang tinggi akan mampu mengubah semangat desa di Manek Urai, di sini banyak orang kampung, infrastruktur dan taraf hidup perlu dipertingkatkan.

''Saya selaku Pengerusi Perhubungan UMNO negeri berjanji akan berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan nasib rakyat Manek Urai terbela yang rata-rata memerlukan banyak bantuan dari Kerajaan Pusat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan jentera BN di Manek Urai Lama di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari Pas meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat pelbagai komplikasi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

Mustapa yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai berkata, pihaknya akan berusaha keras dan akan menggerakkan jentera BN sepenuhnya bermula esok bagi memastikan kerusi tersebut dapat ditawan.

''Setakat ini kita puas hati dengan persediaan yang dibuat oleh jentera parti, yang penting semangat 2008 berbanding sekarang berbeza kerana Allahyarham (Ismail) ini seorang tokoh yang dihormati dan disegani, maka beliau telah raih banyak undi peribadi.

''Jadi 2009 saya nampak ada kelainan, semangat lebih tinggi dari 2008, kita akan pasti semangat ini dapat digembeleng untuk kita ubah keadaan di Manek Urai," katanya.

Katanya, pilihan raya kecil itu amat penting bagi BN untuk memulakan 'gelombang biru' di kawasan ini dan seterusnya merebak ke seluruh Kelantan untuk mencetuskan semangat baru di kalangan ahli UMNO dan rakyat di negeri ini.

1 ulasan:

  1. kawasan yang menang pun tak abis jaga , nak meyibuk kat kawasan hitam pekat..kalau nak kalah PRU13 buatlah pesen lama duk menjaga orang kelantan sahaja dan tinggalkAn kawsan lain..bertahun dah kalah nak buat apa lagi..biar nik ajis merintah betul2, bior org kelantan rasa duduk bawah pas... Jadi lah buat perangai tak molek ni..jaga kawasan yang menang supaya dapat jadi contoh pada kawasan kalah..bukannya kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan..sebaiknya TIDAK bertanding dimanek urai kerana tidak ada perubahan dari segi status kerajaan..rakyat disitu pun dah buat pilihan mereka..biarkan..biarkan..

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH