Manohara Odelia Pinot mendedahkan lebih terperinci bagaimana kesan-kesan luka di dadanya muncul yang didakwa dilakukan oleh suaminya sendiri, Tengku Temenggong Kelantan.
Bekas model muda itu, yang bergelar Cik Puan Temenggong Kelantan, berkata kejadian itu berlaku April lalu menggunakan pisau pencukur kening tetapi beliau "tidak mampu bergerak atau menjerit," lapor akhbar Jakarta Globe minggu lepas.
Perkara yang paling sukar tentang (kejadian) ini adalah saya sedar ia terjadi, saya boleh rasa, tetapi saya tidak mampu bergerak atau menjerit. I saya tidak tahu apakah yang beliau berikan kepada saya," katanya.
"Saya boleh nampak, mendengar beliau, menghibu bau beliau, merasai beliau. Saya boleh rasa kesan luka di badan saya. Ia menyakitkan. Dengan kesakitan fizikal itu, saya tidak begitu kisah."
Apabila ditanya lagi tentang jawapannya itu, Manohara mendakwa suaminya Tengku Muhammad Fakhry Petra melakukan sebanyak tiga kali.
"Buat kali pertama ia mengguris saya adalah satu tanda kecil X di kawasan dada saya. Dan paling teruk mengenainya (perbuatannya) adalah beliau tidak menetaknya dengan pantas atau apa-apa.
[Beliau] hanya mengambil masanya, (buat begitu) perlahan-lahan. Beliau kelihatan tenang seperti biasa.
Ia seperti anda memberi seseorang sebatang berus cat dan memberitahunya agar melukiskan sekuntum bunga.
Ia mengambil masa lebih 20 minit," jelas wanita 17 tahun itu dalam wawancara eksklusif dengan akhbar itu, Jumaat lalu.
Tengku Muhammad Fakhry menafikan dakwaan mendera isterinya dan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap Manohara dan ibu mertuanya Daisy Fajarina yang membuat dakwaan tersebut, sejak April lalu.
Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex
-
* Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi Forex *
Pasar forex dengan volume transaksinya yg sangat besar (mencapai triliunan
dollar per hari) terdiri d...
3 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA