Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed berkata walaupun PAS mengganggap Umno dan BN sebagai musuh utama, Umno dan BN tetap mengajak kepada perpaduan dan semangat 1Malaysia yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
“Ambo (saya) tidak benar orang Umno ajak orang bergocoh (bertumbuk), jangan berkelahi, marilah kita berbaik-baik...saya nak bawa perpaduan dengan tema Rakyat Didahulukan dan Manik Urai Diutamakan,” katanya ketika melancarkan jentera pilihan raya BN bagi pilihan raya kecil DUN Manik Urai di sini, hari ini.
Sambil melahirkan rasa dukacita dengan kenyataan PAS yang sanggup bertindak ganas seperti “bertumbuk” dan “berkelahi” dengan Umno dan BN bagi mengekalkan kerusi itu, Mustapa berkata tindakan PAS itu jelas terpesong dengan konsep asal penubuhan parti itu yang berlandaskan Islam.
“Saya amat dukacita dengan pemimpin PAS yang sanggup bergocoh (bertumbuk), sanggup berkelahi dengan orang Umno asalkan DUN Manik Urai dimenanginya” katanya sebagai mengulas kenyataan pemimpin PAS pada pelancaran jentera pilihan raya parti itu dua hari lepas yang sanggup bertumbuk, berkelahi dan berhadapan dengan apa sahaja asalkan PAS boleh mengekalkan kerusi DUN Manik Urai






Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA