tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 14 Jun 2009

UMNO PAS:KENAPA PEMIMPIN PAS LIAT UNTUK TERIMA PERPADUAN ISLAM

UMNO merasa kesal dengan sikap segelintir pemimpin Pas yang menolak cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang dikemukakan oleh Presiden Pas HH.Sewajarnya semua pihak menyokong cadangan tersebut kerana ia membawa kebaikan dan mengangkat martabat umat Islam.Usaha untuk merapatkan perpaduan di kalangan rakyat di negara ini harus diberi perhatian dan galakan oleh semua pihak terutama pemimpin parti politik.Seharusnya dalam apa-apa yang boleh membawa kebaikan patut kita bagi sokongan, apa yang boleh angkat martabat orang Islam dan menyatupadukan orang Melayu patut diberi sokongan.Saya kurang faham kenapa ada pihak dalam Pas sendiri yang tidak sukakan perpaduan, bagi saya perpaduan sesama umat Islam itu penting, kita alukan sebarang usaha untuk menyatukan orang Melayu, Islam dan seluruh rakyat Malaysia,

Nik Aziz yang begitu mulia dan dipanggil sebagai Ulama juga tidak dapat menerima cadangan HH kerana Nik Aziz hanya pentingkan politik dari menjaga kepentingan rakyat dan ugama Islam sndiri.TGNA telah membidas golongan dalam parti itu yang terus mempertahankan cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan sambil menyifatkan mereka sebagai ‘boneka UMNO’.

Malah beliau yang sebelum ini lantang menolak idea kerajaan perpaduan sejak ia dicetuskan oleh Abdul Hadi menggambarkan cadangan itu sebagai ilham UMNO sendiri.

Seharusnya TGNA memikirkan semasak masaknya apa yang dinyatakan oleh beliau kerana cadangan HH ini sebenarnya adalah satu cadangan yang boleh menyatukan seluruh umat islam dan rakyat malaysia.Bagi rakyat ,inilah perpaduan yang dicari agar semua permasaalahan rakyat dapat diatasi secara bersama.TGNA juga seharusnya menerima keputusan perwakilan Pas baru baru ini yang mahukan kerajaan perpaduan ini dijayakan untuk kepentingan umat islam dan orang orang melayu.Jelas dengan penolakan pemimpin dari Kelantan yang menjadi kubu kuat parti tersebut telah memberi satu peringatan pada TGNA agar terima sahaja cadangan HH kerana bagi perwakilan penyatuan umat Islam dan rakyat Malaysia adalah lebih penting dari kenyataan TGNA sendiri.

Cukup jelas keputusan itu menunjukkan bahawa majoriti perwakilan Pas mempunyai pandangan yang berbeza dengan TGNA berkenaan kerajaan perpaduan.Bagi saya perwakilan juga mungkin muak dan jemu dengan cakap-cakap pemimpin dari negeri ini yang menolak perpaduan sesama Melayu dan Islam.Soalnya kenapa ditolak pemimpin dari kubu kuat Pas yang dipimpin oleh TGNA dan ini menunjukkan perbezaan ideologi dalam parti itu atau mereka yang di luar Kelantan merasa jemu dengan cakap-cakap TGNA sendiri yang tidak mahu perpaduan.

Pada TGNA Orang yang enggan melihat sesama Muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama Muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian. Allah menyebut: (maksudnya) “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).

Saya amat berharap umat Islam dalam negara ini keluar dari kemaslahatan parti kepada kemaslahatan umat yang lebih besar daripada parti. Nabi s.a.w memuji al-Hasan bin ‘Ali disebabkan beliau telah melakukan tindakan yang menyebabkan perbalahan antara penyokong Mu‘awiyah r.a. dan penyokong ‘Ali r.a dapat diredakan

Di Malaysia, kita tidak pun tidak mengharapkan parti-parti umat Islam ini menyerah kuasa antara satu sama lain. Ya, kita perlukan imbangan kuasa antara kerajaan dan pembangkang. Apa yang kita harapkan mereka dapat duduk semeja membincangkan tentang maslahat umat ini terutama yang membabit isu-isu khusus umat Islam. Apakah langsung tidak persamaan pendirian atau sikap antara UMNO dan Pas dalam isu-isu khusus? Kita boleh berbeza atau berselisih sekalipun, tetapi kena ada titik-titik persamaan mengenai kemaslahatan umat dan rakyat. Berfikirlah atas landasan nas dan ukhuwwah islamiyyah melebihi sikap ‘tegar’ yang hanya mengikat diri dengan belenggu kepartian semata-mata. Islam itu bukan sekadar politik, Islam juga akidah, akhlak, ekonomi, pendidikan dan berbagai lagi. Apakah dalam keadaan gentir ini tiada langsung nafas untuk memikirkan kemaslahatan umat dalam masalah-masalah khusus kita? Jika UMNO dan Pas boleh duduk bermesra dan bermanis dengan mereka yang berbeza prinsip dan perjuangan, apakah langsung tiada ruang sesama mereka. Marilah kita bimbangi apa yang Nabi s.a.w sebut: “Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Sebab itu ketika saya bersembang panjang dengan Tun Abdullah di London dua minggu lepas, saya mencadangkan agar duduklah UMNO dan Pas berbincang dalam perkara-perkara di luar isu politik. Belajar faham memahami antara satu sama lain. Niatkan kerana Allah, bukan kerana parti.

KEPUTUSAN TGNA DAN HUSAM YANG BERKERAS TIDAK AKAN BEKERJASAMA DENGAN UMNO DALAM PEMBENTUKAN KERAJAAN PERPADUAN DILIHAT BANYAK DIDORONG OLEH ANWAR YANG BEGITU BERDENDAM DENGAN UMNO.MEMANG KITA KETAHUI YANG HUSAM ADALAH DARI KALANGAN ORANG ANWAR,TAPI YANG PELIKNYA KENAPA SEORANG ULAMA BEGITU LANTANG MENOLAK PERPADUAN UMAT ISLAM.....KITA RENUNG RENUNG KAN LA...LU PIKIR LA SENDIRI....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH