Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga seorang ulama, sebelum ini menang tanpa bertanding untuk mengekalkan jawatan Presiden Pas.
Dalam keputusan pemilihan hari ini, Nasharudin meraih 480 undi menewaskan pencabar terdekat iaitu bekas Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang meraih 281 undi dan seorang lagi bekas Naib Presiden yang turut bertanding, Mohamad Sabu (261 undi) pada Muktamar Tahunan ke-55 parti itu di sini hari ini.
Bagi jawatan Naib Presiden, Tuan Ibrahim mendapat undi tertinggi iaitu 871, diikuti bekas Ketua Dewan Pemuda Salahuddin Ayub (824 undi) dan Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar (636 undi).
Pemilihan pada kali ini menyaksikan jawatan Naib Presiden turut diwakili Salahuddin dari kalangan profesional dan Mahfuz yang juga seorang aktivis.
Bekas Menteri Besar Perak semasa pakatan pembangkang memerintah, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin pula terpilih sebagai salah seorang daripada 18 Anggota Jawatankuasa Kerja (AJK) Pas Pusat mendapat jumlah tertinggi dengan 854 undi.
Mereka juga termasuk Mohamed Hanipa Maidin (619 undi), Datuk Amiruddin Hamzah (606 undi), Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali (589 undi), Abd Ghani Abdul Rahman (584 undi), Dr Zulkefly Ahmad (576 undi), Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (530 undi), Hashim Jasin (522 undi), Mazlan Aliman (513 undi), Taib Azamudden Md Taib (508 undi) dan Dr Mujahid Yusof Rawa (448 undi).
Jawatan Pengerusi Tetap kekal disandang oleh Abu Kasim Abdullah yang menang tanpa bertanding manakala Timbalan Pengerusi Tetap dimenangi oleh Hussin Ismail yang juga penyandang dengan 609 undi.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Mustafa Ali berkata kiraan semula undi tidak diadakan berikutan perbezaan jumlah undi yang agak besar di antara calon-calon yang bertanding bagi merebut jawatan utama dalam pemilihan jawatan tertinggi parti Pas kali ini.
Salam kamal
BalasPadamTajuk2 blog kau ni mmg kaki melaga-lagakan org.
Kiranya.. jahat juga kau ni.. mcm celaka pun ada