tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 4 Jun 2009

UMNO PAS:KERAJAAN PERPADUAN TERUS DI DENDANGKAN OLEH ULAMA PAS

Ulama Pas diminta berperanan meyakinkan anggota parti untuk menyokong idea baru seperti pembentukan kerajaan perpaduan yang dibawa oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi, berkata golongan ulama dalam parti itu perlu mengkaji konsep berkenaan termasuk daripada sudut sejarah dunia supaya anggota parti dapat menyokong cetusan idea Abdul Hadi itu.

"Konsep kerajaan perpaduan ini telah dilaksanakan di Afrika Selatan, di Indonesia dan juga di Britain (selepas Perang Dunia Pertama)," katanya dalam ucapan dasar pada majlis perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat ke-48 di Auditorium Muzium Negeri di sini, hari ini.

Beliau juga meminta ulama dalam parti itu supaya membuka minda dan memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang dapat diselaraskan dengan tuntutan agama untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

Mohamed yang tidak bertanding mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti kali ini berkata, selain ilmu agama, mereka juga harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan lain bagi meningkatkan ketokohan dan kewibawaan agar sumbangan mereka tidak diperkecilkan oleh segelintir penyokong dan anggota parti itu.

"Daripada malas membaca, ulama perlu rajin membaca, lebih mendengar dan melakukan kajian ilmiah. Jangan rehat untuk agama dan politik," katanya.

Mohamed juga meminta ulama parti itu supaya mendekatkan diri dan bertukar pandangan dengan golongan profesional seperti ahli ekonomi, tokoh undang-undang, pakar teknologi dan ahli politik, bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan mereka untuk mentadbir.

"Ini adalah kerana ada ulama yang tinggi ilmu agamanya tetapi kurang dari segi kemampuan pentadbiran atau memahami isu semasa.

"Ulama tidak boleh lari daripada sejarah dan situasi kemasyarakatan. Kalau dapat, majlis-majlis wacana antara ulama dan golongan profesional hendaklah diadakan dengan lebih kerap," katanya.

Beliau juga mengingatkan anggota parti itu supaya taat kepada keputusan yang dibuat oleh pimpinan parti selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Al-Quran dan hadis.

Mohamed juga meminta mereka membuat kajian bagi membentuk garis panduan yang sesuai dalam hubungan antara orang Islam dan bukan Islam menurut tafsiran ulama dan juga kesesuaian semasa.

Sebagai contoh, katanya, satu kajian perlu dibuat sama ada perayaan berbentuk agama atau berbentuk adat boleh disambut oleh orang Islam atau tidak.

Beliau berkata Pas adalah parti Islam pertama di dunia yang membenarkan wanita mengundi dan bertanding sebagai calon pilihan raya, di mana parti-parti Islam di Asia Barat masih melakukan kajian mengenainya.

Oleh itu, kata Mohamed, jika Dewan Ulama berjaya merangka garis panduan hubungan orang Islam dan orang bukan Islam mengikut tuntutan agama dan kesesuaian semasa, fenomena ini akan menjadi ikutan dan kajian oleh parti-parti Islam lain seluruh dunia.

Jawatan Ketua Dewan Ulama Pas diambil alih oleh Datuk Harun Taib yang menang tanpa bertanding semasa pencalonan

1 ulasan:

  1. Kawan nak tanya kat orang PAS, ade ke deme hayati kata-kata Presiden dan Dtk Mohamad Iraq ?

    Yang kawan nampak kebanyakan penyokong-penyokong PAS lebih minat apa yang diucap Anwar dan DAP...... saranan Tok Guru dah kurang minat didengar..

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH