tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 5 Jun 2009

UMNO PAS:DEWAN ULAMA LULUS USUL KEPIMPINAN ULAMA:NAMPAK GAYA HUSAM AKAN DITOLAK PERWAKILAN

Dewan Ulama Pas hari ini meluluskan usul mendesak Pas Pusat untuk mengekalkan konsep kepimpinan ulama dalam menerajui parti itu.

Usul yang dibentang oleh perwakilan Dewan Ulama Pas Terengganu, Nik Masri Nik Malik, mencadangkan jawatan Presiden, Timbalan dan seorang daripada Naib Presiden mesti dilantik daripada kalangan ulama.

Cadangan beliau telah dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan.

Mengulas perkara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib, berkata usul itu akan di bawa ke peringkat pusat.

"Di sana ada penapis usul lagi, kita tak tahu mereka terima atau tidak usul berkenaan," katanya.

Harun menang jawatan berkenaan tanpa bertanding selepas penyandangnya, Datuk Mohamed Daud Iraqi, menarik diri daripada bertanding.

Ditanya sama ada beliau meletakkan harapan untuk usul itu diterima dan dibahas, Harun berkata beliau mempunyai agenda yang lebih penting iaitu mencari jalan untuk mengukuhkan Pas serta menarik sokongan rakyat kepada parti itu.

"Lagipun, semua peringkat sudah ada ulama, dalam (Pas) cawangan, negeri, (Dewan) Pemuda, (Dewan) Muslimat, lebih-lebih lagi, di Dewan Ulama," katanya.

Mengenai tindakan pihak tertentu yang cuba memburuk-burukkan ulama yang dibangkitkan dalam ucapan dasar Mohamed Daud, beliau berkata itu hanya pandangan peribadi individu tertentu yang lebih sebagai pemerhati dan tidak boleh dijadikan dasar parti.

"Itu bukan perbuatan orang yang bertanggungjawab, itu (tindakan) pemerhati. Itu pandangan masing-masing, pandangan orang perseorangan," katanya.

Sementara itu, perwakilan Dewan Ulama Pas Perlis membuat usul supaya ditubuhkan sekurang-kurangnya empat maahad tahfiz sains di negeri yang dikuasai pembangkang berikutan pertambahan minat di kalangan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke pusat pengajian itu yang menggabungkan pendidikan akademik dan agama.

Dewan Ulama Pas Kelantan pula mencadangkan cuti bergaji penuh diberi bagi isteri yang bekerja dengan kerajaan negeri pembangkang dan Kerajaan Persekutuan walaupun selepas bersalin anak kelima.

Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat kali ini menyaksikan jawatan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketuanya, tidak dipertandingkan.

Timbalan Ketua Dewan itu disandang Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob, dan Naib Ketua oleh Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

KALAU PERWAKILAN MENDENGAR SEGALA NASIHAT DEWAN ULAMA WSUDAH TENTU HUSAM AKAN TERKUBUR UNTUK DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN PAS.KERANA PERWAKILAN SUDAH FAHAM YANG HUSAM ADALAH ORANG KUAT ANWAR DAN JUGA HUSAM BUKAN DARI GOLONGAN ULAMA .

Isu kewujudan pemimpin pro-Anwar dalam Pas tidak akan reda walaupun Naib Presiden parti itu, Datuk Husam Musa menafikan beliau adalah salah seorang daripadanya.Ramai ahli Pas berpendapat kewujudan kumpulan berkenaan bukannya satu rahsia dan ia amat disedari oleh ahli Pas sendiri.Pengakuan calon Timbalan Presiden Pas itu bahawa Anwar adalah kawannya turut mengesahkan kewujudan kelompok sedemikian.Walaupun ada penafian daripada pihak tertentu, ia tidak akan meredakan pertikaian yang timbul berikutan penguasaan kelompok pro-Anwar dalam Pas.Husam menegaskan walaupun beliau bukan pro-Anwar namun tidak ada sebab untuknya memusuhi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.Menurut Husam, beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi matlamat dan perjuangan yang sama iaitu menumbangkan UMNO dan atas persamaan itu maka beliau memilih untuk berkawan dengan Anwar.Husam sudah tentu tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana pihak di luar parti termasuklah Anwar kerana menyedari terdapat ramai ahli Pas yang tidak bersetuju dengan cara Ketua Pembangkang itu terutama di kalangan yang berpendidikan agama.

Walaupun sering dinafikan, namun kebanyakan media termasuk portal berita melihat pemilihan dalam Pas kali ini melibatkan pertembungan antara ulama yang pro kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan 'puak Erdogan' yang pro-Anwar.Apatah lagi sebelum ini Abdul Hadi pernah mengusulkan cadangan pembentukan kerajaan perpaduan yang berbeza dengan pendirian Anwar yang berterusan mahu menumbangkan UMNO.

Bagi saya Sekarang bukan masa untuk Pas menukar kepimpinannya daripada ulama kepada golongan profesional kerana dua jawatan tertinggi parti, Presiden dan Timbalan mesti disandang oleh ulama kerana mereka adalah pemimpin dalam menguruskan urusan harian 'kehidupan' Pas.Hujah yang mengatakan golongan profesional boleh menyandang dua jawatan tertinggi tersebut kerana mereka dipandu oleh Majlis Syura Ulama adalah kurang tepat.Persoalan utama sekarang kenapa harus ada pertukaran dalam keadaan Pas semakin kukuh dan berjaya membawa lonjakan besar dalam pilihan raya umum lalu. Kalau Pas semakin merosot dan menurun saya setuju ia ditukar.

Secara peribadi saya bersetuju jawatan nombor satu dan dua mestilah dari golongan ulama, kalau kita melihat dari sejarah memang ada golongan profesional yang menjadi presiden seperti Datuk Asri Muda.

SEGALA PESANAN DAN TEGURAN TELAH DIBERI OLEH GOLONGAN ULAMA DAN TERSERAHLAH PADA PERWAKILAN UNTUK MENENTUKAN ARAH TUJU PAS PADA MASA DEPAN.KALAU PERWAKILAN MAHU MASA DEPAN YANG KABUR DAN BERKEMUNGKINAN MENUJU KEHANCURAN PILIHLA HUSAM DAN SEKIRANYA PERWAKILAN MAHU PAS BERADA DALAM ARUS PERDANA POLITIK TANAH AIR ,UZTAZ NASHARUDDIN ADALAH PILIHAN YANG TEPAT....RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI.

3 ulasan:

  1. Salam kamal

    Tak kisah ler sapa yg terpilih dlm PAS ni, akhirnya mereka satu hati gak..Islam diutamakan.

    tak mcm UMNO tu, cuba kau tengok apa yg berlaku kat terengganu dan perlis, berebut kuasa ler plak...last sekali Stadium lak yg runtoh...

    BalasPadam
  2. SALAM KELANA....KALAU NASA YANG TERPILIH OK LA...TAPI KALAU HUSAM ...MAAF LA CAKAP..AKAN LINGKUP LA PAS NANTI....SENANG LA ANWAR NAK MASUK KAN IDEOLOGINYA DALAM PAS...

    BalasPadam
  3. Salam kamal

    Aku nak tengok kata2 kau ni "Kalau Husam terpilih akan lingkup PAS nnt.."
    Pada sudut akal, Husam boleh lingkupkan PAS ke? Atau dari kata lain, ada Pemimpin PAS boleh lingkupkan PAS ke?? Umur kita panjang kamal, kita akan tengok dan berhujah kat blog kau ni..., aku cabar kau utk membuktikan kata2 kau ini.

    Yang aku tengok yg boleh lingkupkan PAS pun, UMNO lerrr. Cuba kau tengok lipatan sejarah Kerajaan Negeri Kelantan dulu, bila UMNO ajak PAS bergabung dlm BN, akhirnya PAS yg lingkup. Bila buat pilihanraya tahun berikutnya ramai ADUN PAS lompat parti. Aku tau kau tau sumber ini kan. Pada akulah,Allah yg punya kuasa lingkupkan PAS ini dan hanya sbg hukuman pd Pemimpin PAS di ketika itu dan pd pemimpin PAS skrg le ianya sbg petunjuk agar hati2 dgn UMNO ni.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH