Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Jauh benar tersasar ramalan majoriti kemenangan Pas. Semalam saya cuba menafikan ramalan sifu saya, MSO (http://msomelayu.blogspot.com/) yang mengatakan majoriti akan berkurangan walaupun saya tahu ramalan beliau selalunya 99% tepat. Saya target majoriti lebih 1000 undi.
BalasPadamPas terutamanya Pas Kelantan wajib bermuhasabah mencari punca 'kekalahan' tersebut. Jangan cuma asyik menuding jari kepada Umno sahaja dan tidak mencari punca kelemahan diri sendiri. Pas Kelantan juga diharap tidak lagi 'eksyen' @ berlagak dengan mengenepikan Timbalan Presiden Pas yang dipilih oleh perwakilan.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada Umno yang bekerja keras dan bersungguh-sungguh menawan MU walaupun pada awalnya kelihatan mustahil. Tahniah Umno!
Pas terutamanya Pas Kelantan wajib bermuhasabah mencari punca 'kekalahan' tersebut. Jangan cuma asyik menuding jari kepada Umno sahaja dan tidak mencari punca kelemahan diri sendiri. Pas Kelantan juga diharap tidak lagi 'eksyen' @ berlagak dengan mengenepikan Timbalan Presiden Pas yang dipilih oleh perwakilan.
Saya juga mengucapkan tahniah kepada Umno yang bekerja keras dan bersungguh-sungguh menawan MU walaupun pada awalnya kelihatan mustahil. Tahniah Umno!
Ini disebabkan hasil daripada kerja keras jentera Umno terutama Timbalan Presiden, Ketua Penerangan serta Khairy Jamaluddin yang berjaya menarik banyak undi golongan muda.
BN tidak tewas, cuma tidak menang. peningkatan undi yang ketara diterima BN menunjukkan Umno masih diterima rakyat terutamanya orang2 Melayu di kawasan pedalaman. Umno juga menang di peti undi di mana TS Muhyiddin menjanjikan jambatan baru. Saya bersetuju yang pembangunan adalah hak dan keperluan rakyat tanpa mengira fahaman politik.
Satu perkara lain yang perlu diberi perhatian adalah SPR wajib menetapkan hari pengundian pada hari cuti hujung minggu untuk mengelakkan cuti khas yang mengurangkan produktiviti kakitangan awam negeri. Selama PR mendakwa SPR sengaja mengadakan PRK pada hari bekerja untuk mengelakkan penyokong mereka yang berada di luar kawasan hadir keluar mengundi. SPR mampu menghapuskan tohmahan ini.