Seramai 300 pemimpin Umno pelbagai peringkat akan menjadi perintis program latihan dan motivasi yang bertujuan menyuntik semangat baru dalam kalangan ahli parti yang dijangka bermula bulan depan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata pemimpin Umno daripada peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan itu adalah kumpulan pertama yang mengikuti program latihan itu sebelum diperluaskan ke seluruh negara.
"Ini peringkat pertama dan penting...harap akan ada perubahan," katanya selepas menghadiri "Wacana Cabaran Perdana Kepimpinan Dalam Ekonomi Inovasi" di sini, hari ini.Ahad lalu, Muhyiddin berkata, pemimpin Umno di setiap peringkat akan mengikuti program latihan dan motivasi secara berperingkat bagi menyuntik semangat dalam kalangan mereka dalam usaha membangkitkan semula keyakinan baru dan kepercayaan masyarakat kepada Umno.
Muhyiddin berkata, mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Umno yang beliau pengerusikan semalam membincangkan mengenai pengurusan latihan berkenaan.
"Perkara ini akan dibincangkan secara terperinci oleh Majlis Tertinggi supaya setiap pemimpin parti diberitahu tentang tugas dan tanggungjawab mereka. Kita nak lihat impaknya dalam tempoh singkat," katanya.Beliau berkata, jika dalam tempoh singkat program itu berjaya dilaksanakan, Umno yakin akan terus mendapat sokongan rakyat.
Mengenai persidangan perwakilan bahagian yang sedang berjalan, Muhyiddin berkata, sebahagian daripada bahagian sudah membincangkan tentang pindaan perlembagaan parti.
"Dan apabila mesyuarat bahagian ini selesai pertengahan bulan depan, ibu pejabat Umno akan kumpul semua input yang dibincangkan untuk dibawa ke jawatankuasa pindaan perlembagaan yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kemudiannya akan dirujuk ke Jawatankuasa Pengurusan parti sebelum dimuktamadkan pada Perhimpunan Agung Umno pada hujung tahun ini," katanya.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA