tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 14 Julai 2009

TERKINI DARI MANEK URAI:PROSES KIRAAN AKAN BERJALAN DAN KEMENANGAN BN DALAM KELEBIHAN 200 UNDI


Manek Urai: Peti undi pertama tiba jam 6.54 petang


Peti undi pertama, iaitu dari pusat mengundi Manek Urai Baru tiba di pusat penjumlahan rasmi undi pada jam 6.54 petang.



kemaskini 5
pm Proses pembuangan undi di sembilan pusat pengundian yang melibatkan 27 saluran ditutup dengan rasminya jam 5 petang ini.Dijangka sebanyak 86% lebih yang telah membuang undi dan ini satu kejayaan pada BN yang mahukan jumlah pengundi yang ramai untuk memenangi Dun Manek Urai.

Apa yang terjadi di Manek Urai adalah tertekan dengan kaedah kempen penuh berhemah Barisan Nasional.Peratus keluar mengundi sehingga pukul 5 petang tadi, setelah proses pengundian tamat, 87.3 peratus daripada 12,293 orang atau 10,736 pemilih menunaikan tanggungjawab.

Bagi saya sebagai pemerhati tetap yakin BN akan mampu untuk merampas kerusi Manek Urai dengan majoriti dalam kelebihan 200 undi...INSYALLAH BN AKAN BERJAYA MENAWAN SEMULA MANEK URAI

Dalam pada itu Seorang penyokong PAS ditahan polis setelah disyaki terbabit dalam insiden membaling batu ke arah penyokong BN sehingga mencederakan dua anggota Puteri Umno di SK Peria hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengahari ketika penyokong kedua-dua parti berkumpul di tempat pengundian itu dan satu provokasi telah dilakukan oleh penyokong-penyokong PAS sehingga mencetuskan ketegangan, lapor Bernama.

"Sedikit pertelingkahan antara penyokong-penyokong PAS berlaku dengan penyokong BN sehingga mencetuskan kejadian membaling batu.

"Akibat kejadian itu dua ahli Puteri Umno cedera (bengkak) di pinggang, manakala seorang lagi patah giginya akibat terkena balingan batu," beliau dipetik berkata dalam sidang media di Laloh.

Berikutan kejadian itu, katanya, polis telah menahan seorang lelaki di
tempat kejadian yang merupakan penyokong PAS dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Musa berkata kedua-dua mangsa kemudian dibawa dengan ambulans ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan lanjut. Berikutan itu satu laporan polis telah dibuat.

"Kita memberi jaminan tindakan mahkamah akan diambil dengan segera," katanya.

Menurut agensi berita itu lagi, mengulas sikap penyokong yang mengibarkan bendera pada kenderaan, Musa berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi supaya mengenakan tindakan saman terhadap mereka berkenaan.

Tambahnya, tindakan itu membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, selain diri sendiri kerana bendera bersaiz besar pada kenderaan boleh menghalang penglihatan pemandu.

"Tindakan mengibar bendera itu juga boleh mencetuskan provokasi kepada penyokong parti lain dan boleh menyebabkan ketegangan sehingga berlaku kejadian tidak diingini," Musa dilaporkan berkata.

Bagaimanapun, Musa berkata secara keseluruhan perjalanan proses pengundian di kawasan DUN itu berjalan lancar.

1 ulasan:

  1. Confirm PR (6) vs BN (1). Nampak gaya BN cuma boleh menang kat Sabah/Sarawak saja lah...hehehe

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH