tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Sabtu, 18 Julai 2009

UMNO TETAP PERTAHAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU

Segala hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara akan terus dipertahankan selagi Umno berkuasa, kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Umno sedar tanggungjawabnya sebagai parti yang membela orang Melayu," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Padang Rengas dekat sini hari ini.

"Itulah perjuangan kita dahulu, sekarang dan insya-Allah pada masa-masa yang akan datang. Ini adalah perkara yang cukup penting yang kita tidak boleh abaikan," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan pihak tertentu bahawa langkah kerajaan meliberalisasikan ekonomi bagi menarik pelaburan asing ke negara ini sebagai mengabai dan menjejaskan kedudukan orang Melayu adalah tanggapan salah yang perlu diperbetulkan.

Beliau berkata, asas yang diperjuangkan oleh Umno selama ini tidak pernah berubah dan menegaskan parti itu tidak pernah lari dan tidak akan berganjak dari tanggungjawabnya membela orang Melayu dari segi ekonomi, politik, kebudayaan, pendidikan, sosial dan perkara-perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan.

"Banyak pihak memutarbelitkan bahawa pimpinan hari ini tidak lagi hendak mempertahankan hak Melayu. Kita membuka ruang yang terlalu luas sehingga Bumiputera tidak mampu untuk berhadapan dengan persaingan.

"Selama mana Bumiputera harus memegang tongkat, selama mana Bumiputera hanya bergantung dengan sebab ada perlindungan daripada kerajaan dengan tidak ada usaha dibuat dengan kesungguhan untuk kita berdikari pada satu masa yang akan datang," katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata pendekatan pucuk pimpinan dalam soal ekonomi negara dan juga usaha untuk melindungi kepentingan Bumiputera itu harus difahami pemimpin dan ahli Umno sendiri.

Beliau berkata, langkah liberalisasi ekonomi itu diambil selepas mengambilkira situasi ekonomi dunia yang kini begitu mencabar dan Malaysia akan jauh ketinggalan sekiranya tidak mengubahsuai struktur ekonominya mengikut keadaan ekonomi semasa.

"Saya nak tegaskan kita tidak sekali-kali meninggalkan atau mengabaikan tanggungjawab kita...bahawa dasar dan semangat dasar ekonomi baru (DEB) itu masih terus pada hari ini kita pertahankan," katanya.

Terdahulu, ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuala Kangsar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mercu di sini, Muhyiddin berkata inisiatif perubahan yang digariskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendekati rakyat tidak akan berjaya jika pemimpin di peringkat akar umbi gagal melaksanakan perkara yang sama.

Beliau berkata, pemimpin Umno di peringkat akar umbi perlu bertindak turun padang menemui rakyat mulai sekarang supaya Umno tidak dilihat sebagai parti yang angkuh, sombong, tidak berpijak di bumi nyata dan hanya memikirkan kelompok dan puak sendiri tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

2 ulasan:

  1. TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA..ITU PUN JIKA ORG MELAYU BERSATU!

    BalasPadam
  2. yang pertahankan melayu hanya umno...PAS DAN PKR SUDAH MACAM TIDAK MAHU LAGI DIPANGGIL MELAYU..BAGI MEREKA MELAYU SUDAH MATI DAN YANG ADA HANYA KITA RAKYAT MALAYSIA...INILAH PERJUANGAN PAS DAN PKR....HANYA UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN dap DAN SOKONGAN KAUM LAIN DALAM PKR

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH