tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 14 Julai 2009

MANEK URAI:GAMBAR GAMBAR MENARI PRK MANEK URAI

Suasana di luar pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh.

BERITA TERBARU:Sehingga pukul 12 tengah hari ini, 68.4 peratus pengundi berdaftar atau 8,415 daripada 12,293 pengundi berdaftar pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai telah keluar mengundi


PEGAWAI polis menghalang seorang penyokong Pas daripada menghampiri tempat penyokong BN berhimpun berhampiran pintu masuk Sekolah Kebangsaan Peria.

PENGUNDI beratur menunggu giliran mengundi di Sekolah Kebangsaan Peria, awal pagi tadi.

PENGERUSI SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meninjau pusat mengundi SK Peria yang agak tegang berikutan rasa tidak puas hati penyokong Pas dan BN berhubung kedudukan tempat mereka berkumpul. Beliau menyatakan rasa kecewa kerana parti terbabit tidak memastikan penyokong mereka mematuhi peraturan seperti yang dipersetujui.

SUASANA proses pengundian di luar Sekolah Kebangsaan Peria, di DUN Manek Urai pagi tadi. Orang ramai keluar menunaikan hak mengundi sejak awal pagi untuk mengelakkan kesesakan

Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah meninjau pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Peria iaitu yang paling ramai dengan 2,019 pemilih berdaftar.

TANGGUNGJAWAB...Penduduk Kampung Sungai Peria menunaikan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi di SK Peria, Kuala Krai bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai hari ini

12.00 tengah hari: Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed melawat pondok panas BN di Sek. Keb. Manek Urai Baru dengan menaiki motosikal.

11.45 pagi: Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi menggesa orang luar tidak menggunakan Jalan Kuala Krai-Gua Musang jika tiada urusan penting untuk diselesaikan bagi membolehkan kelancaran lalu lintas sepanjang proses pengundian yang sedang berlangsung.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat khabar angin bahawa berlaku pertengkaran di bilik operasi Barisan Nasional. Belum ada laporan lagi.

11.35 pagi: MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat pondok panas PAS di Sek. Kebangsaan Manek Urai Baru.

11.30 pagi: Hampir 57 peratus sudah keluar mengundi.

11.05 pagi: Peratusan keluar mengundi sudah mencecah 40 peratus, kata Pengerusi SPR.

10 pagi: SPR mengesahkan peratusan keluar mengundi setakat ini 4,706 orang (38.3 peratus).

9.55 pagi: Berlaku pertembungan antara penyokong dan peraih undi BN dan PAS di kawasan SK Manek Urai Baru. Bagaimanapun, keadaan terkawal apabila pihak polis hadir mententeramkan keadaan. Penyokong kedua-dua parti menggunakan pelbagai cara untuk menarik perhatian pengundi termasuk melaungkan takbir 'Allahuakbar'. Turut hadir melawat peti undi tersebut adalah Datuk Sr Awang Adek Hussein.

9.30 pagi: Setakat pukul 9 pagi, SPR mengesahkan sebanyak 1,932 pengundi (15.7 peratus) telah keluar mengundi.

9 pagi: Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat berkata, beliau yakin BN berpeluang untuk menang. Beliau berkata: "Berdasarkan statistik semalam menunjukkan kita telah mendapat hampir 51 peratus sokongan. Daripada awal lagi, kita sedia maklum bahawa dalam pilihan raya kecil ini, saingan memang sengit dan sebagai calon yang bertanding di kubu kuat PAS, kita telah berusaha bersungguh-sungguh."

9 pagi: Penyokong dan peraih undi parti-parti yang bertanding berkumpul dan memberi sokongan kepada calon di pusat-pusat mengundi. Bagaimanapun, mereka perlu berada 50 meter daripada pusat mengundi.

8.40 pagi: Calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat tiba untuk melawat pusat mengundi SK Manek Urai Baru.

8.10 pagi: Calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah dijangka melawat peti undi Sg Peria.

8.01 pagi: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tiba di pusat pengundi kawasan Sg Peria, SK Peria. Beliau tidak mahu meramalkan tetapi punya keyakinan PAS akan beroleh kemenangan.

8 pagi: Sebanyak sembilan pusat mengundi mula dibuka.

7.45 pagi: Orang ramai sudah mula beratur untuk menyemak saluran mengundi masing-masing. Pihak polis mengawal lalu lintas seawal pukul 6 pagi.


Sehingga jam 11 pagi tadi, 7,085 pengundi atau 57.6 peratus daripada 12,293 pemilih berdaftar sudah menunaikan tanggungjawab mereka keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini.

Proses pengundian di sembilan pusat mengundi yang bermula pada jam 8 pagi berjalan lancar.

Penjumlahan undi akan dibuat di Dewan Petra, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, dekat sini, dan keputusan dijangka diumumkan seawal jam 8 malam ini.

1 ulasan:

  1. kalau BN menang..alhamdulillah..
    cuma satu sahaja..wakil rakyat MESTI turun jumpa rakyat..
    berani berubah atau rebah..

    salam perjuangan..

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH