Katanya, kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan pembaharuan mesra rakyat serta diperkuatkan dengan kemenangan moral BN di Manek Urai baru-baru ini, kecekalan hati dan sikap tidak putus asa anggota perlu diperkuatkan lagi untuk mengekalkan mandat BN pada masa akan datang.
“Kita masih berkerajaan dengan mempunyai kuasa majoriti di peringkat negara meskipun di beberapa negeri menghadapi masalah. Dari Manik Urai, kita tidak pernah berputus asa dan saya yakin ada kebangkitan semula gelombang biru melanda seluruh negara.
"Oleh itu kita perlu berjuang dan kena kerja keras lagi, itu pokoknya,” kata Muhyiddin yang juga pengarah jentera pilihan raya BN.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran ditemui pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 kementerian itu di sini hari ini.
SLM BRO..YEZZ BN BAKAL BANGKIT DGN KEYAKINAN TINGGI DAN AKAN MEMBERI TENTANGAN SENGIT KPD PEMBANGKANG PD PRU13 NANTI INSYALLAH
BalasPadamGelombang Biru pasti akan menghanyutkan kemunduran, kejumudan, ketaksuban dan kecelaruan di Kelantan. Gerakan Gelombang Biru di Kelantan pasti Berbaloi-baloi.
BalasPadam