kemaskini 3.32pm Peratus keluar mengundi sehingga pukul 3 petang tadi sudah mencecah 83.9 peratus atau 10,312 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam sebelum pusat pembuangan undi ditutup.
kemaskini 2.48pm Lebih kurang 300 penyokong PAS dan BN dilaporkan bertembung di pusat membuang undi SK Peria dekat kira-kira 12 tengah hari ini.
Pergaduhan tersebut berjaya dileraikan oleh polis dan empat buah trak unit tindakan ringan diletakkan di situ bagi meningkatkan keselamatan, lapor laman web Utusan Malaysia.
Susulan pergaduhan itu, beberapa orang penyokong kedua-dua belah pihak mengalami kecederaan dan semuanya dihantar ke Hospital Kuala Krai.
Akhbar yang sama juga melaporkan, kira-kira jam 11 pagi terjadi insiden membaling batu dan botol antara kedua-dua belah pihak di sekolah berkenaan.
Sementara itu laman web The Star pula melaporkan, lima anggota Puteri Umno mengalami kecederaan dalam kekecohan dua kumpulan penyokong parti yang bersaing itu di luar SK Peria kira-kira 10.30 pagi.
Ditemui dekat pusat membuang undi di Chuchoh Puteri, beliau berkata peratusan tinggi itu bermakna ramai pengundi muda keluar membuat pilihan dan memangkah BN.
Di PRK Penanti BN tak bertanding, so suasana begitu aman dan tenang, tapi sebaliknya yang berlaku bila BN bertanding di MU. jadi saya mencadangkan BN jangan bertanding di mana2 PRK untuk mengekalkan suasana yang tenang dan aman kerana BN punca provokasi pergaduhan.
BalasPadamYa la BN smua jahat,Pas kan parti malaikat....Kalau pas smua betol,UMNO BN smua salahhhhh...
BalasPadam*Orang Muda Klate*