Mayat Teo ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat SPRM.
Semalam, Teo Beng Hock, 30, telah dibawa ke pejabat MACC Selangor untuk disoalsiasat berhubung dakwaan salahguna wang DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat Selangor.
Berikutan berita kematian tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, telah berkejar ke bangunan tersebut.
Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia.
"(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.
Nak kata tak beriman, confirm tak ada iman pasai dia bukan Islam.
BalasPadamPeribahasa atau pepatah Melayu ada mengatakan, berani kerana benar, takut kerana salah. Atau yang lembut sikit, siapa makan cili, dia yang merasa pedas. Atau yang lagi lembut, siapa makan nangka, dia yang terkena getahnya. Ada lagi?
Begitulah budaya Melayu mendidik manusia agar tidak merasa takut sekiranya kita yakin tidak melakukan kesalahan. Mungkin pepatah ni tak ada dalam budaya hidup bangsa lain.
Biarkan labu terjun dengan labu-labunya. Biarkan... biarkan...