Setiausaha politik exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah itu ditemui mati beberapa jam selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN di Selangor.
Musa ditemui di komplek Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika sedang menunggu kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini.
Ditanya tindakan polis jika ada pihak memutarbelitkan faktor, beliau berkata: "Dalam memfitnah, memghasut orang, kita akan ambil tindakan."
"Kita akan siasat dulu, kita akan ambil tindakan mengikut faktor siasatan."
Ditanya sama ada kematian Teoh menimbul ketegangan dalam masyarakat, Musa berkata:
"Keadaan biasa, tidak tegang, tetapi kalau ada yang cuba buat tegang, kita akan ambil tindakan."
Ditanya mengenai komponen tingkap yang ditemui polis di tempat Teoh ditemui mati, Musa berkata: "Kita sedang siasat".
Beliau berkata, siasatan terhadap kematian Teoh masih 60 peratus.
Salam bro,
BalasPadamKes Teo bukan lagi sudah diputar belit, sudah jauh berlengakar-lengkar merata pelusuk kampung dibuat pakatan rakyat.
SPRM perlu teruskan siasatan ke atas kongsi gelap ini...............