Berlainan dengan Umno yang akan terus meneruskan agenda pembangunan di Manek Urai dan Kelantan walaupun calonnya tewas pada pilihan raya kecil di kawasan itu semalam.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata, walaupun Kerajaan Negeri Kelantan tidak sehaluan dengan Kerajaan Pusat namun UMNO akan terus menyediakan bantuan infrastruktur di negeri itu.
''Memang kerajaan membuat janji semasa pilihan raya dan banyak permintaan diterima daripada rakyat dan antaranya (permohonan) bantuan baiki rumah, bantuan kebajikan masyarakat.
''Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) terima banyak permohonan termasuk bina masjid. Saya harap kerajaan timbang beberapa permohonan walaupun bukan semua,'' katanya pada sidang akhbar di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di sini hari ini.
Semalam, calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat tewas kepada calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah dengan majoriti tipis 65 undi.
Menurut Mustapa, UMNO tidak akan mengabaikan penduduk Manek Urai dan pihaknya akan meneliti setiap permohonan bagi meneruskan agenda pembangunan di negeri tersebut.
Tambah beliau, bantuan yang bakal disalurkan itu bersesuaian dengan kemampuan Kerajaan Pusat.
''Kita berharap pada pilihan raya umum ke-13, rakyat Kelantan dapat menilai keikhlasan kita,'' jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA