Belumpun mentadbir kerajaan, pembangkang sudah mula tunjuk sikap mahu menguasai segala-galanya. Mereka juga bertindak menyalahkan kerajaan dalam apa juga insiden terutama membabitkan pemimpin parti itu seolah-olah mereka yang betul semuanya.
Lihat sahaja kes dakwaan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau tidak mempercayai peguam negara, pendakwa raya malah mahu menentukan hakim yang bakal membicarakan kes tersebut.
Lebih malang lagi apabila pembangkang sudah membicarakan kes Anwar di media milik mereka dengan mengambarkan beliau tidak bersalah walhal tindakan itu jelas menghina mahkamah.
Pemimpin pembangkang seperti tidak percaya pada keadilan walaupun PKR adalah Parti Keadilan Rakyat.
Mereka bebas untuk menghukum dan menuduh sesiapa sahaja terutama kerajaan mahupun pemimpin UMNO dan BN yang kononnya sentiasa mencari jalan atau mencipta konspirasi bagi menjatuhkan pembangkang.
Padal dalam kes mata lebam Anwar dahulu, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Nor menerima hukuman penjara dan denda setelah didapati bersalah memukul mantan timbalan perdana menteri itu.
Menyalahkan kerajaan dengan mempolitikkan sesuatu isu semata-mata mahu menunjukkan mereka membela rakyat sudah semakin menjadi-jadi sejak Pelan 16 September 2008 gagal.
Terbaru, kes kematian tragis Teoh Beng Hock, pembantu khas yang juga Setiausaha Politik anggota Exco Kerajaan Selangor turut dijadikan medan kepentingan politik PKR, DAP dan PAS.
Awal-awal lagi mereka menyalahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kematian Teoh,30, yang ditemui mati akibat terjatuh di bumbung tingkat 5, Plaza Masalam di Shah Alam.
Mereka mengaitkan SPRM, BN dan UMNO kerana mangsa mati di premis menempatkan pejabat SPRM selepas dipanggil memberi keterangan suruhanjaya itu berhubung siasatan penyalahgunaan dana peruntukkan wakil rakyat.
Anwar menafikan beliau sengaja mempolitikkan kematian Teoh sebaliknya berkata, hanya menunaikan tanggungjawab kepada keluarga mangsa dan kerajaan negeri Selangor yang mahu menuntut penjelasan berhubung kematian mengejut lelaki itu.
Anwar berkata, tidak ada mana-mana pihak yang mengatakan beliau mempolitikkan isu itu kecuali UMNO.
"Jangan cuba nak ugut kerana kita tetap akan bangkitkan isu Beng Hock kerana ini satu lagi bukti jenayah yang dilakukan oleh badan penguat kuasa yang dijalankan mengikut arahan UMNO dan Barisan Nasional ," katanya menjawab soalan wartawan dalam satu majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Subang Jaya, Sabtu.
Jelas Ketua Umum PKR itu awal-awal lagi menunding jari pada kerajaan, UMNO dan BN sedangkan beliau mungkin sudah tahu bahawa polis masih menjalankan siasatan rapi berhubung insiden tersebut.
Beliau dan pemimpin pembangkang lain sepatutnya menaruh kepercayan kepada polis untuk menjalankan siasatan sama seperti kes mata lebamnya dahulu.
Polis Selangor walaupun sudah mengumumkan siasatan awal kematian Teoh disebabkan pelbagai kecederaan kerana jatuh dari tempat tinggi, tidak menolak kemungkian adanya unsur khianat dalam kes yang mengemparkan orang ramai Khamis.
Malah, sebuah pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Hasnan Hassan ditubuhkan bagi memperincikan siasatan dan 23 orang termasuk 17 pegawai SPRM sudah diambil keterangan tanpa sebarang tangkapan.
Perkara itu diumumkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar di Banting Sabtu.
"Sekarang kita tahu bahawa kematiannya adalah kerana pelbagai kecederaan selepas jatuh dari tempat yang tinggi. Siasatan kni menjurus bagaimana dan punca dia jatuh," katanya.
Buat masa ini, polis tidak mahu menyatakan sama ada wujud unsur khianat ataupun sebaliknya.
Sebaliknya, Khalid menjelaskan pihaknya masih menunggu untuk laporan lengkap pakar patologi.
Dua patologi, masing-masing seorang dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya mengendalikan bedah siasat mayat Teoh, tetapi dua patologi hospital swasta yang dicadangkan kerajaan negeri tidak datang.
Berdasarkan laporan awal bedah siasat itu, polis masih mengklasifikasikan kematian Teoh sebagai kematian mengejut.
Khalid berkata, polis juga menyiasat cara SPRM mengendalikan soal siasat dan turut mengambil rakaman kamera CCTV dari kawasan lif dan tempat letak kereta Plaza Masalam.
Pembangkang khusus Anwar sepatutnya tidak menyalahkan SPRM secara membuta tuli dalam mencari keadilan kes kematian Teoh.
Beliau boleh menafikan tidak mempolitikan kes kematian lelaki itu tetapi apabila beliau menuduh SPRM menjalankan siasatan mengikut arahan UMNO dan BN, nyata beliau cakap tak serupa bikin.
Anwar barangkali bernasib baik kerana masih ada rakyat negara ini yang percaya pada cakap dan tindakannya itu tetapi beliau harus terima hakikat bahawa dalam kes kematian Teoh ini tidak dapat ditutup seperti menutup bangkai gajah dengan selimut.
Begitu juga kes liwatnya yang sedang melalui macam-macam fasa yang jelas menampakkan Anwar mahu mengelak kes itu daripada dibicarakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA