tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Khamis, 23 Julai 2009

MANEK URAI:UMNO MESTI BERSUNGGUH SUNGGUH UNTUK BERUBAH

KETIKA menyampaikan ucapan penerimaan jawatan Presiden pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno pada 28 Mac lalu, Datuk Seri Najib Razak memberi bayangan bahawa Umno akan berubah bagi memastikan kelangsungan berterusan parti itu pada masa depan.

Presiden Umno itu yakin bahawa secara umumnya, rakyat tidak menolak Umno, tetapi 'sebenarnya mereka mahu Umno berubah.' Antara faktor perubahan struktur di dalam Umno yang mahu dilihat oleh rakyat ialah proses pemilihan berintegriti yang bebas daripada sebarang bentuk sogokan atau penyalahgunaan kuasa.

Untuk tujuan itu Majlis Tertinggi (MT) Umno menubuhkan Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan Umno yang dipengerusikan oleh Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang sudah mengadakan mesyuarat pertamanya baru-baru ini.

Berasaskan kepada prinsip 'proses pemilihan yang berintegriti' itu, perubahan yang dicadangkan oleh Najib ialah pertama, membabitkan lebih ramai perwakilan dalam proses pemilihan. Kedua, pindaan itu akan menjurus kepada memberi ruang lebih liberal kepada mereka yang ingin menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti tanpa ada sekatan di dalam bentuk kuota.

Dari perspektif sejarah piagam atau perlembagaan Umno yang asal, ia dirangka oleh satu jawatankuasa yang dipilih dalam Kongres Melayu Pertama di Kelab Sultan Sulaiman pada 1 Mac 1946. Ahli jawatankuasa yang dipilih ialah Datuk Onn Ja'afar sebagai pengerusi dengan yang lainnya terdiri daripada Datuk Panglima Bukit Gantang, Datuk Nik Ahmad Kamil, Datuk Hamzah Abdullah dan Zainal Abidin Ahmad atau Za'aba.

Rangka deraf perlembagaan itu diluluskan sebulat suara dengan beberapa pindaan oleh perwakilan Kongres Melayu Ketiga di Istana Besar, Johor Bahru pada 11 Mei 1946, selepas ia dibentang dan dibahas dengan panjang lebar.

Sejak itu, tidak banyak perubahan dibuat kepada perlembagaan Umno, kecuali selepas ia diisytiharkan tidak sah oleh mahkamah pada 1988 dengan diperkenalkan undi bonus dan kemudian sistem kuota untuk bertanding jawatan penting dalam parti, sama ada pada peringkat tertinggi atau bahagian.

Pada 1978, bekas Ketua Penerangan Umno, Sulaiman Palestin hanya memerlukan dua pencalonan untuk melayakkannya bertanding jawatan Presiden melawan Tun Hussein Onn. Beliau tewas walaupun mampu mendapat 250 undi, berbanding Hussein yang memperoleh 898 undi.

Pada 1987 menyaksikan pertandingan paling akhir untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno sebelum pindaan dibuat yang memperkenalkan sistem bonus 10 undi kepada setiap pencalonan yang diterima.

Kerana sistem bonus inilah menyebabkan Tun Abdul Ghafar Baba menarik diri daripada bertanding mempertahankan jawatan Timbalan Presiden pada 1993 apabila beliau dicabar Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pendekatan 'undi bonus' ini dilihat sebagai tidak popular dan mungkin juga tidak berkesan. Perlembagaan Umno dipinda lagi, kali ini memperlihatkan sesiapa yang hendak menawarkan diri bertanding jawatan Presiden parti hendaklah mendapat sekurang-kurangnya 30 peratus pencalonan daripada jumlah bahagian di dalam parti.

Pada peringkat bahagian pula, calon yang hendak bertanding sebagai ketua perlu mendapat 20 peratus jumlah cawangan yang sah di dalam bahagian itu. Ada dua kritikan terhadap sistem pemilihan yang ada di dalam Umno sekarang.

Pertama, sistem kuota itu dilihat sebagai menyekat parti daripada memilih pemimpin yang terbaik. Seorang anak muda yang ingin berbakti di dalam parti melihat sukar untuk dia mendapat tempat kerana bukan senang untuk dinamakan oleh jumlah cawangan yang boleh melayakkan dia bertanding di dalam bahagian. Umno tidak dilihat sebagai parti yang 'mesra kepada ahli baru'.

Kedua, rakyat secara umumnya sukar untuk menerima bahawa hanya lebih kurang 2,600 perwakilan yang menentukan siapa menjadi seorang Presiden Umno dan kemudian secara hukum adatnya, seorang Perdana Menteri.

Hakikatnya, sukar untuk menolak hujah kenapa sistem yang ada mengizinkan 2,600 orang perwakilan memilih seorang Perdana Menteri yang mewakili 28 juta penduduk negara. Oleh itu tidak menghairankan bahawa Presiden Umno di dalam ucapan penerimaan jawatannya membayangkan bahawa pindaan perlembagaan nanti akan membuka ruang lebih besar kepada akar umbi untuk memilih pemimpin tertinggi parti.

Bahkan Najib, di dalam ucapan yang sama dengan tegas mengatakan bahawa 'saya tidak mahu berselindung di sebalik kuota untuk menjadi Presiden Umno'.

Ada cadangan setakat ini yang membayangkan untuk memberi kuasa memilih jawatan tertinggi parti kepada semua perwakilan dari cawangan ke mesyuarat perwakilan bahagian. Atas andaian hitung panjang 500 perwakilan di dalam satu-satu mesyuarat perwakilan bahagian, maka kuasa memilih kepada 191 bahagian Umno seluruh negara akan membabitkan jumlah yang mencecah 95,500 perwakilan.

Dalam proses transformasi parti, jika diluluskan nanti, pindaan ini akan memberikan satu 'empowerment' (kuasa) kepada perwakilan cawangan, kerana mereka boleh memilih pemimpin tertinggi parti termasuk ahli MT secara langsung.

Walaupun ini masih pada peringkat cadangan, ia adalah strategi serampang dua mata. Pertama ia mengotakan kata dan janji Presiden untuk membuat satu perubahan dan transformasi parti dengan membabitkan lebih ramai ahli akar umbi memilih pemimpin. Kedua, ia mengecilkan bahkan menutup terus ruang untuk amalan politik wang yang terlalu sinonim dengan pemilihan di dalam parti.

Suka atau tidak suka, Umno menghadapi masalah persepsi yang negatif. Selagi rakyat tidak dapat melihat satu usaha bersungguh-sungguh untuk mengubah persepsi ini, sukar untuk Umno memenangi kembali hati dan jiwa rakyat. Umno perlu berubah dan perlu dilihat bersungguh-sungguh untuk berubah.

Langkah untuk meminda perlembagaan parti adalah satu langkah berani dan drastik yang memberi kredibiliti kepada janji Presiden parti untuk melihatkan 'satu proses pemilihan yang berintegriti'. Sebagai parti yang sudah lama ditubuhkan dan lebih penting lama memerintah, Umno mudah untuk terdorong kepada satu zon yang selesa. Tidak mudah untuk mendapatkan kembali kredibiliti parti yang terhakis selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

Mesyuarat perwakilan Umno bahagian yang bermula pada 16 Julai hingga 16 Ogos ini sudah diminta mengemukakan cadangan pindaan perlembagaan Umno bagi mencapai objektif ini. Segala usul pada peringkat bahagian akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Induk Pindaan Perlembagaan untuk diangkatkan kepada Majlis Tertinggi sebelum dibentang dalam Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober ini.

Akar umbi Umno mempunyai peluang ini untuk meniupkan roh baru di dalam Umno dan ia peluang untuk mengubah persepsi negatif terhadap Umno. Gunakanlah peluang ini demi untuk memenangi hati rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Bak kata Presiden parti, "Sayalah di antara pemimpin pertama yang mengungkapkan perkataan berubah sebelum diubah dan berubah sebelum kita rebah."

FORUM MENGANGKAT MARTABAT BANGSA

ANJURAN: UMNO BAHAGIAN SERDANG

TARIKH: 1 OGOS 2009 (SABTU)

MASA :8.00 PAGI

TEMPAT:DECTAR UKM

AHLI PENAL:1.TUN DR MAHATHIR

2.TAN SRI PROF DR IBRAHIM BIN ABU SHAH(NC UITM)

SEMUA DIJEMPUT HADIR BERAMAI RAMAI DENGAN AHLI KELUARGA UNTUK MEMBERI SOKONGAN DEMI AGAMA ,BANGSA DAN NEGARA .

UNTUK KETERANGAN LANJUT HUBUNGI http://www.umno-serdang.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH