Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno itu, berkata ini kerana Tengku Razaleigh bukan sebarang orang sebaliknya adalah seorang pejuang parti Umno.
"Beliau menjadi pengasas parti sejak dari dulu lagi, ini macam Zaid merendah-rendahkan kewibawaan politik Tengku Razaleigh, walaupun beliau tidak berjawatan tetapi beliau masih aktif dan cergas (dalam Umno)," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan dan Mesyuarat Agung Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, hari ini.
Beliau menegaskan Tengku Razaleigh adalah satu daripada sebab Umno mendapat kemenangan moral pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di Kelantan pada 14 Julai lalu apabila calon Barisan Nasional (BN) kalah tipis dengan majoriti 65 undi kepada Pas.
"Jadi saya fikir, Zaid kena hormatlah, dia sudah masuk PKR tidak mengapa," katanya mengulas pelawaan Zaid supaya tokoh politik tersohor Umno itu yang juga ahli Parlimen Gua Musang menyertai parti pembangkang yang dibuat melalui blognya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri turut ditanya sama ada kakitangan kerajaan sudah hilang integriti apabila terbabit dalam kegiatan jenayah seperti kes tangkapan sembilan kakitangan Jabatan Imigresen di Johor semalam atas dakwaan terbabit dalam kegiatan penyeludupan manusia.
Katanya, negara sudah pun mempunyai Institut Integriti Nasional yang memandu kakitangan kerajaan meningkatkan kecekapan serta tanggungjawab mereka
Baik dibalas baik, jahat dibalas jahat. Tuhan Maha Berkuasa. Hidup ibarat roda. suatu hari nanti kau pasti akan menjilat licin apa yang kau ludah pada hari ini. Kesian kau Zaid yang lupa diri.
BalasPadam