Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim mendedahkan Dr. Mohd. Khir membeli dua lot banglo masing-masing bernilai RM2.9 juta dan RM900,000 untuk membina kediamannya yang mencecah lebih RM20 juta.
Semalam, Ng juga membawa wartawan ke lokasi kediaman Dr. Khir Toyo itu.
Bagaimanapun dalam reaksi segera, Dr. Khir Toyo menafikan dakwaan tersebut.
Katanya, tiada apa yang perlu disembunyikan berhubung rumah beliau itu.
"Saya membeli rumah itu dengan harga RM3.5 juta menggunakan pinjaman yang diperoleh daripada HSBC. Saya tidak membeli tanah dan membina rumah di atasnya," kata beliau.
Kata Dr. Khir Toyo, beliau hanya menukar atap rumahnya dan melakukan pengubahsuaian kecil.
Sambil mendakwa Dr. Khir Toyo juga mengimport bahan binaan kediamannya dari Bali, Ng mempersoalkan bagaimana beliau boleh memiliki 'istananya' berdasarkan gaji sebagai Menteri Besar Selangor.
Katanya, berdasarkan gaji Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang dianggarkan RM48,000 sebulan sekarang, gaji Dr. Mohd Khir juga dianggarkan dalam lingkungan itu ketika memegang jawatan tersebut selama lapan tahun.
Oleh itu, katanya, jumlah gaji bagi tempoh lapan tahun dianggarkan RM4.6 juta.
"Jadi bagaimana beliau telah mampu memiliki rumah bernilai RM24 juta," katanya di sini.
Ng berkata, sebelum dipilih sebagai ADUN Dr. Mohd. Khir adalah seorang doktor gigi yang menyewa rumah di Sekinchan.
Sehubungan itu, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat perkara tersebut.
DR KHIR HARUS MENJELASKAN PERKARA INI KERANA SUDAH TENTU RAKYAT AKAN MEMPERSOALKAN KEWAJARANNYA MEMBINA RUMAH SEBEGINI BESAR DAN MEWAH.....RENUNG RENUNG KAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI......
alah ckp cina pemfitnah ni org gila aje yg boleh percaya. 24juta tu boleh buat disneyland dlm rumah ko tau takkk...??
BalasPadam-hassan-
Tuan,
BalasPadamKenapa Dr Khir Toyo sahaja saya ditanya, diminta memberi penjelasan? Ramai lago ahli politik lain yang mempunyai kediaman mewah tapi tak ditanya pun bagaimana mereka berdaya memilikinya.
Saya rasa kalau nak ditanya Khir Toyo sahaja, tak adil. Carilah lagi: tak adakah dikalangan pembangkang yang ada rumah mewah? Macam mana Khlaed Ibrahim mengumpul kekeyaan? Macam mana Anwar Ibrahim berjay membina instana pertamanya di Damansara dan kemudian di Segambut pula? Ramai lagi yang kedudukan yang sama tapi tak ada yang buat bising pun.
Kalau nak "highlight" pemilikan macam ni harus ada balance lah, bukan? Atau ini satu lagi manifestasi perasaan/kepercyaan bahawa Melayu memang tak layak memiliki rumah macam ni!
Sesungguhnya kerajaan barisan nasional semuanya kaya kaya belaka.Inilah yang dikatakan berjiwa rakyat?Menghabis duit rakyat baru betul.Cuba tanya najib macam mana?inikah cara anda memipin?anda pertikaikan pembangkang,tapi kenapa kalah kat sibu?Itu sebab orang dah muak ngan barisan Kaya nasional.Lagi satu setan yang bakal jadi perdana menteri Muhyiddin yasin.Kononnya best tegas,tapi orang tak suka tengok kamu.Kamu memang tak layak jadi pemimpin.Jadi petani macam dulu ok lah.Kami anti barisan nasional yang kaya.Allah maha kaya....
BalasPadam