Isu itu mula dibangkitkan Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mempersoalkan kemampuan Dr Khir untuk memiliki dua lot tanah dan rumah agam itu.
Beliau secara sinis berkata mungkin Dr Mohamad Khir mempunyai begitu ramai pelanggan di klinik giginya di Kajang yang menjadi sumber pendapatan beliau semasa sebelum menjadi Menteri Besar.
Bagaimanapun, Dr Mohamad Khir menjawab pendapatan daripada klinik giginya adalah tinggi kerana ia bukan sahaja menyediakan perkhidmatan mencabut gigi tetapi juga perkhidmatan kosmetik pergigian.
"Harga kos implan gigi adalah tinggi iaitu RM40,000 ke RM50,000 bagi satu implan gigi," katanya memberikan contoh.
ADUN Sungai Panjang itu berkata bahkan sebelum beliau menjadi Menteri Besar beliau sudah memiliki Mercedes Benz.
Kemudian Ng bangkit dan meminta Dr Mohamad Khir membuktikan pendapatannya dengan menunjukkan resit pembayaran cukai pendapatan.
Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) kemudian mencelah dengan bertanya sama ada beliau sanggup menjual rumahnya itu dengan harga RM8 juta iaitu dua kali ganda daripada harga rumah dan tanah itu yang dibelinya pada harga RM3.5 juta melalui pinjaman HSBC Bank tiga tahun lepas.
Dr Mohamad Khir menjawab: "Saya setuju jual rumah itu RM24 juta kerana ia adalah andaian" dan menegaskan rumah itu juga boleh dijual dengan harga RM8 juta dengan syarat digantikan dengan sebuah tapak rumah lain.
Bekas Menteri Besar itu kemudian menegur sikap ADUN itu yang tidak mempunyai kerja lain cuma mencari kesalahan orang lain sejak kerajaan negeri diambil alih oleh pakatan pembangkang.
Sepatutnya beri tumpuan kepada meningkatkan ekonomi dan pendapatan kerajaan negeri, katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA