Beliau berkata, rancangan tersebut yang turut menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong jelas menunjukkan bagaimana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu boleh tampil dengan idea ‘gila’ dan tidak pernah dibuat orang semata-mata bagi mencapai matlamat menjadi Perdana Menteri.
‘‘Sebab itu saya memang setuju idea menuntut kemerdekaan Sarawak memang sesuatu yang tidak masuk akal tetapi rancangan itu bukannya idea saya.
‘‘Saya hanya maklumkan kepada rakyat apa yang dirancang. Anwar melakukan banyak perkara ‘gila’ sebelum ini termasuk 16 September dengan menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong di mana tidak ada sesiapapun di negara ini yang pernah buat seperti itu kecuali Anwar,’’ katanya di sini hari ini.
Naib Presiden PKR, Azmin Ali baru-baru ini menggelar Nallakarupan sebagai ‘gila’ ketika mengulas pendedahan Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) itu mengenai rancangan Anwar jika pakatan pembangkang menguasai DUN Sarawak.
Sementara itu, Nallakarupan mengingatkan Azmin dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution supaya lebih cermat dalam pemilihan ayat ketika mempertahankan Anwar supaya tidak dilihat kurang bijak.
Menurut beliau, tindakan Azmin cukup menghairankan apabila boleh menggelarnya sebagai ‘gila’ demi mempertahankan Anwar sedangkan Ahli Parlimen Gombak itu sepatutnya lebih tahu siapa yang gila sebenarnya.
‘‘Saya lebih terkejut dengan sikap pura-pura Azmin dengan terus mempertahankan Anwar. Azmin tahu secara mendalam siapakah Anwar. Beliau sekutu Anwar sejak lama dan lebih tahu siapa yang ‘gila’, saya atau Anwar.
‘‘Azmin juga tahu yang saya amat maklum siapa Anwar. Masihkah Azmin mahu menggelar saya begitu? Saya nak tanya Azmin apakah dia faham maksud dayus,’’ ujarnya.
Nallakarupan juga mengingatkan kedua-dua pemimpin PKR itu supaya tidak membuatkannya menjadi ‘gila’ dengan menyenaraikan satu persatu perkara yang menjadi kegilaan bekas rakan tenis beliau itu.
‘‘Kepada Saifuddin, saya nak ingatkan yang saya pernah mengenali Anwar selama 30 tahun. Saya cukup arif apa yang saya cakap (rancangan Anwar di Sarawak) ini.
‘‘Tiada siapa boleh nafikan yang matlamat utama Anwar adalah mahu jadi Perdana Menteri,’’ jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA