PILIHAN Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor akan berlangsung esok. Hari ini peluang terakhir jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) turun berkempen habis-habisan.Walaupun ada petugas yang sudah mula keletihan, namun tidak siapa berani leka dan dapat tidur lena kerana memikirkan kejutan boleh berlaku pada bila-bila masa.Perkara yang merunsingkan saya ialah kejutan bermula daripada fitnah saat-saat akhir yang tidak sempat diperjelaskan kepada para pengundi kawasan Hulu Selangor yang cukup luas itu. Kesan fitnah amat bahaya. Racunnya sukar untuk diubati dengan segera.
Pada seluruh pengundi yang akan turun esok fikirkan dengan tenang dan pilihlah pemimpin yang akan membawa keseluruh rakyat Hulu Selangor kepada kebaikan dan jangan pilih pemimpin yang kita ketahui yang akan membawa kepada kehancuran.Kerana itu Hanya BN yang akan membela nasib rakyat yang selama ini dibiarkan oleh PKR.Apakah yang dapat dilakukan oleh seorang kaki mabuk dan kaki judi.Akan hancur lagilah rakyat bila seorang yang mempunyai masaalah dipilih sebagai pemimpin sedangkan calon BN adalah bersih dari sebarang masaalah.
Dalam tempoh berkempen selama seminggu, BN telah memaparkan kejayaan dan apa yang akan dan sudah dilakukan untuk rakyat, tetapi poster dan sepanduk pembangkang pula lebih banyak berunsur fitnah.Apa saja yang BN buat semuanya dituduh tidak betul dan penuh penyelewengan. Pembangkang tersalah pilih calon dan ketiadaan isu untuk menyerang peribadi calon BN. Oleh itu, mahu tidak mahu fitnah sajalah boleh menjadi modal mereka.Barangkali pembangkang akan menggunakan strategi menyebarkan pelbagai risalah tentang pemimpin UMNO dan BN pada malam ini.Mereka peduli apa tentang etika berkempen, asalkan pengundi percaya dan membenci calon BN.
Kalau taktik sebar fitnah dan kenyataan palsu dapat meyakinkan pengundi Hulu Selangor untuk memihak kepada Zaid Ibrahim, maka itu akan dilakukan.
Pembangkang mungkin menggunakan strategi ini kerana terdesak dan tertekan apabila ceramah mereka sebelum ini tidak mendapat sambutan. Paling ketara apabila jentera pilihan raya PKR sendiri terkial-kial bagaikan tiada kekuatan sehingga terpaksa memanggil orang luar untuk membantu.Jadi, apa yang mereka mampu lakukan ialah memutar-belitkan fakta dan menyebarkan fitnah serta memburukkan BN.Justeru itu, saat-saat terakhir ini sehingga tamat proses pembuangan undi, semua jentera BN kena memberi sepenuh perhatian dan menjelaskan secara lebih terperinci apabila timbul isu-isu di peti-peti undi tertentu.
Permainan fitnah bukan asing pada pembangkang. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sendiri melancarkan pelbagai tuduhan dan fitnah kepada kerajaan BN dan Perdana Menteri.Pendedahan bekas pemimpin kanan dan rakan karib Anwar tentang fitnah dan pembohongannya sepatutnya memberi keinsafan kepada penyokong Pas dan PKR. Paling berkesan jika beramai-ramai angkat kaki meninggalkan pemimpin yang banyak bercakap bohong itu.Anwar sememangnya licik merancang konspirasi termasuk dengan menggunakan akuan bersumpah untuk meyakinkan orang ramai terhadap fitnahnya.
Kini, para pengundi Hulu Selangor kena berfikir dengan tenang. Mereka perlu mendengar dan melihat pada fakta, bukan mengikut rentak fitnah.Memang P. Kamalanathan calon anak tempatan dari MIC, beragama Hindu tetapi beliau telah mendapat sokongan penuh BN. Jika tidak diberi tempat di Hulu Selangor, mana-mana tempat pun tiada peluang untuk calon MIC bertanding.Paling utama, lihat parti mana di belakang calon yang memperjuangkan nasib rakyat.
Berbeza dengan Zaid, calon luar PKR berasal Kelantan. Jangan lihat pada peribadi Zaid sahaja tetapi pemimpin-pemimpin di belakangnya yang asyik melemparkan fitnah. Gaya berpolitik mereka pun lebih menjurus untuk merebut kekuasaan.Masa depan kawasan Hulu Selangor bergantung kepada keputusan penting yang ditentukan oleh para pengundi esok. Mereka mempunyai hanya dua pilihan sahaja - memilih calon BN, P. Kamalanathan atau calon PKR, Zaid Ibrahim.
Pengundi Hulu Selangor bukan tidak mengenal mana kaca dan mana intan. Jangan mudah termakan hujah yang mengatakan kerajaan BN zalim. Bukankah fitnah namanya itu? Kalau kerajaan zalim dan tidak adil, sudah lama rakyat Hulu Selangor kebuluran.Jadi, fikir yang mana anda akan pilih sebagai pembawa suara rakyat Hulu Selangor ke Dewan Parlimen. Yang bercakap benar atau yang suka buat fitnah?
SEMOGA PENGUNDI HULU SELANGOR TAHU MENILAI MANA INTAN DAN MANA KACA.SEMOGA SELURUH PENGUNDI HS AKAN DIKURNIAKAN HIDAYAH DALAM MENENTUKAN PEMIMPIN YANG BAIK.JANGAN SESEKALI MEMBERI RUANG PADA YANG SUDAH KITA KETAHUI BAIK BURUKNYA.....KITA RENUNG RENUNGKAN LAH...SEMOGA PENGUNDI HULU SELANGOR AKAN SENTIASA DI PELIHARA DARI SEBARANG KEMUNGKARAN.....
KALAU DAH KETUA TIDAK MENGHORMATI SIAPA SAJA TERMASUK SULTAN SIAPA LAGI YANG AKAN DIDENGARI OLEH PEMIMPIN SEPERTI ANWAR DAN NIK AZIZ....NIK AZIZ SANGGUP MENYANGGAH ARAHAN SULTAN INIKAN PULA RAKYAT SEPERTI KITA.....KALAU RAJA SENDIRI DISANGGAH INIKAN PULA RAJA DARI NEGERI LAIN....LU PIKIR LA SENDIRI.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA