Dalam menanti kejutan keputusan pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini, pelbagai kejutan lain berlaku sekaligus menambah meriah suasana kempen sekarang.Kejutan itu pastilah kepada keputusan pemimpin-pemimpin serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR yang keluar parti sama ada menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai UMNO.Walaupun di pihak pembangkang cuba mengaitkan tindakan mereka ini kononnya didalangi BN dan UMNO, tohmahan-tohmahan itu adalah modal basi pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.Mereka yang bertindak keluar mempunyai alasan dan pertimbangan sendiri.Bagaimanapun, rata-rata dikalangan mereka menyatakan kekecawaan terhadap perjuangan PKR yang tersasar landasan untuk kepentingan rakyat kepada kepentingan individu sahaja.
Seperti kata Adun Bakar Arang, Kedah Tan Wei Shu, beliau mendakwa diperalat oleh pemimpin parti itu demi mencapai perjuangan individu tertentu dalam PKR.Pembangkang terus menuduh tindakan Tan dirancang lebih awal kerana beliau umum keluar PKT dan jadil wakil Rakyat Bebas beberapa jam sebelum majlis pengumuman calon BN pada petang Sabtu.Begitu juga dengan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Shah Alam, Nor'isham Manap dan timbalannya, Muhamad Ali Mukhtar yang umum keluar parti itu pada Ahad.Seorang anggota Jawatankuasa (AJK) cabang itu, Mohd Nazri Mukhtar dan empat anggota Angkatan Muda cawangan Padang Jawa turut mengumumkan keluar parti.Nor'isham berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana kecewa dengan kepimpinan PKR yang memilih bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon pembangkang di Hulu Selangor.
Beliau dan rakan-rakan yakin pemilihan Zaid bukan berdasarkan kepentingan perjuangan dan rakyat tetapi hanya untuk menjaga kepentingan Anwar yang perlukan seorang bekas menteri dan peguam berprofil tinggi untuk menjadi benteng serta pembela beliau di Parlimen dalam menghadapi kes liwat beliau.Kejutan berterusan dengan tindakan Bendahari PKR Hulu Selangor, Dr Halili Rahmat yang turut keluar parti dan umum sertai UMNO pada Isnin.Dr Halili bukan asing kepada Anwar dan keluarganya malah pakar bedah saraf itu cukup tersohor dibidang perubatan walaupun dilihat kecil dalam arena politik negara.Anwar bagaikan terkunci mulut untuk mengulas tindakan Dr Halili kecuali menyifatkan PKR bernasib baik tidak menilihnya sebagai calon kerana jika Dr Halili berbuat demikian selepas dicalonkan, pastinya kemenangan berpihak kepada BN dengan mudah.
Menariknya, bekas Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri itu, Ezam Mohd Noor menyatakan Anwar kini kehabisan modal politik kerana tidak boleh menuduh Dr Halili berbuat demikian kerana mengejar wang atau kedudukan.Katanya, jika selama ini tuduhan itu dilemparkan Anwar kepada pemimpin PKR yang lompat atau keluar parti, tetapi Dr Halili mempunyai segala-galanya dan pasti ada asas kukuh lain menyebabnya turut tawar hati dengan perjuangan PKR.Kejutan terbaru ada tindakan pemimpin wanita PKR Perak Soraya Sulaiman dan Roshanita Nohd Basir serta suaminya Saghazali Abdul Kadir yang umum keluar parti itu,Soraya adalah Ketua Wanita Cabang Tanjung Malim selain Ketua Penerangan Wanita PKR Perak merangkap Pengarah Pilihanraya Perak manakala Rosnaita Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai yang juga Timbalan Pengarah Pilihanraya Wanita PKR Perak. Suaminya Saghazali adalah setiausaha ranting PKR.
Senang cakap, PKR kini sedang berdepan musim luruh dengan seorang demi seorang pemimpin tegar parti itu meninggalkan PKR.Sebelum inipun lapan wakil rakyat PKR termasuk peringkat parlimen dan Dewan Undangan Negeri sudah memilih arah betul dalam perjuangan masing-masing bagi memberi khidmat terbaik kepada rakyat yang mengundi mereka pada pilihan raya umum lalu.Bagaimanapun, semua ini tidak boleh dilihat satu kelebihan kepada BN kerana Anwar dan konco-konconya sama ada dalam DAP dan PAS ibarat harimau yang sudah luka dan mungkin bertindak lebih ganas terhadap pencabarnya.
Bagi pengundi-pengundi di Hulu Selangor, tindakan keluar parti pemimpin PKR itu harus jadi isyarat jelas kepada mereka untuk membuat percaturan penting pada hari pengundi 25 April kelak.Namun dalam pada itu ada rakyat yang sedih dan kecewa kerana pendirian PAS bersama pakatan rakyat masih belum goyah malah sama-sama naik pentas berkempen di Hulu Selangor bagi memenangkan Zaid yang didakwa oleh sesetengah blog sebagai peminum arak tegar.Inilah politik berasaskan matlamat menghalalkan cara.PAS nampaknya masih belum sedar dari mimpi yang dimainkan Anwar untuk menawan Putrajaya daripada pintu belakang.PAS nampaknya belum terbuka hati dan jiwa seperti beberapa pemimpin PKR yang terdahulu lebih cepat sedar dan insaf bahawa PKR hanyalah parti yang hidup atas kepentingan Anwar sahaja.Sampai bila PAS mahu dicucuk hidung?Parti itu barangkali bernasib baik kerana ada Bai’ah yang melarang wakil rakyat PAS melompat atau keluar parti.Jika tiada halangan itu, pastinya PAS juga berdepan musim luruh dengan pemimpin serta ahli-ahli yang meninggalkan parti seperti dihadapi PKR kebelakangan ini
ZAID DAN ANWAR MEMANG SAMA SAMA HEBAT...SORANG DENGAN BOTOL DAN SORANG LAGI DENGAN ALJUBURINYA.MEREKA BERDUA MEMANG SALING MEMERLUKAN.JADI KERANA ITULAH ANWAR BERIA IA MAHU ZAID JADI MP...JADI MUDAH LAH KERJA ANWAR NAK KELENTONG RAKYAT.KALAU DAH ULAMA SEPERTI HH DAN NIK AJIS BOLEH DIKAWALNYA INIKAN PULA ORANG SEPERTI ZAID YANG KAKI BOTOL....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA