Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai keji, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Umno Kelantan kesal dengan PAS dan kerajaan negeri itu yang sanggup mengambil tindakan untuk memburuk-burukkan BN melalui pelbagai kaedah termasuk laman blog semata-mata untuk kekal berkuasa di Kelantan.
Beliau, yang juga Menteri Perdagangan Antabangsa dan Industri berkata, mempersoalkan moral kepimpinan PAS dalam usaha menjatuhkan BN itu dan mendesak kerajaan negeri supaya mendedahkan dari mana sumber kewangan RM4 juta itu kerana rakyat Kelantan berhak untuk mengetahuinya.
"Ini satu perbuatan yang keji. PAS perlu dedahkan dari mana sumber kewangan mereka sama ada mereka daripada hasil balak, atau hasil lain mahupun daripada sumbangan individu tertentu. Rakyat berhak tahu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan media bahawa penulis blog kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan Abdullah dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.
Syed Azidi juga mendakwa beliau membelanjakan wang itu bagi membiayai pelbagai aktiviti termasuk membeli aset, peralatan, pembayaran upah operatif dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf bagi mewujudkan persepsi buruk ke atas Abdullah dan memudahkan PAs kekal memerintah Kelantan.
Penulis blog itu turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh.
Mustapa berkata, pihaknya juga kesal dengan sikap kerajaan negeri yang sanggup menggunakan RM4 juta semata-mata untuk menaburkan fitnah tanpa bukti kepada BN sedangkan wang sebanyak itu dapat disalurkan kepada rakyat yang lebih memerlukan.
Sehubungan itu, beliau juga meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membuat siasatan terhadap dakwaan laporan blog kickdefella itu.
"Kita juga mendesak PAS dan kerajaan negeri supaya menghentikan perbuatan keji itu dengan menabur fitnah tanpa sebarang asas. Sebaliknya kerajaan negeri harus memberikan fokus untuk membangunkan negeri
Ada ke orang PAS nak percaya apa yg Syed Azidi dedahkan itu? Tentu saja mereka akan kata yang Syed Azidi telah dipergunakan oleh UMNO.... Rakyat Kelantan seharusnya dapat menilai sejauh mana bersihnya Pemimpin2 PAS dari segi akhlak dan moral.....
BalasPadamkoho kuat ore memburukan kerajaan kelate. koho kuat rakyat dia sokong kerajaan kelate. ore kelate telah muak.. dengan cara kerajaan pusat yang menyerang seperti budak2 baloh sama dia. ore kelate berpolitik tidak supo ore negeri lain. kalu nak pikat ore kelate kembali memberi mandat kepada umno atau kerajaan pusat. kerajaan pusat mesti berubah cara berkempen. (1). jgan bawa isu pembangunan. ini kerana ore kelantan bukan mahu pembangunan seperti negeri lain. orang kelate tidak pandang pembangunan, kerana bagi ore kelate pembangunan adalah kewajipan kerajaan pusat untuk negeri itu. ibarat kewajipan seorang bapa kepada anak. kerajaan pusat harus memberi pembangunan kepada kelantan tanpa diungkit2 atau dihebah2 atau menyohor. kerajan pusat seharunya ihklas dalam memberi pembangunan kepada kelantan. bukan seperti orang dewasa memujuk budak kecil supaya tidak menagis.
BalasPadam(2)jangan kate kelantan mundur. apa yang mundur dikelantan. adakah kerana kelantan tiada kelab malam atau dangdut atau disko ataupun pusat judi.nak dibandingkan dengan negeri lain. negeri kelantan adalah negeri yang mana kuasa ekonomi di monopoli oleh orang melayu. bahkan wanita juga mempunyai keupayaan untuk menjana ekonomi sendiri.
(3) media nasional atau media tempatan seharunya lebih jujur. jangan bersikap seperti melagalagakan orang melayu. semaking kuat media memainkan isu2 yang meluak... orang kelantan akan merasakan seperti media di peralatkan oleh umno. media seharunya bersikap atas pagar dan tidak memihak disebelah mana2. barulah rakyat dapat menilai perkara yang benar dan tepat. pada masa sekarang orang kelantan berangapan media adalah batu api untuk mencetuskan huru hara dalam negara malaysia ini.