BELANG pembangkang yang sanggup melakukan apa saja untuk menipu pengundi tidak dapat disembunyikan lagi dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor yang berakhir dengan kemenangan Barisan Nasional (BN), kelmarin. Bermacam-macam jenis penipuan digunakan untuk meraih undi. Antaranya, mereka sanggup mencetak dan menaikkan sepanduk di beberapa tempat kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berdebat pada malam 24 April di Stadium Kuala Kubu Bharu, sehari sebelum hari mengundi.Tujuan mereka ialah supaya pengundi akan tertipu dan akan pergi ke stadium itu beramai-ramai untuk bersama Perdana Menteri. Sebenarnya pada malam itu, pembangkang mengadakan ceramah di stadium berkenaan dan antara penceramahnya ialah Anwar; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Selain membawa penyokong dari luar Hulu Selangor, itulah taktik pembangkang untuk menampakkan seolah-olah ceramah mereka dihadiri ramai penyokong.
Mungkin juga tujuan mereka untuk mengalih pengundi daripada menyertai perhimpunan ‘1Malaysia, Legasi dan Harapan Bangsa’ yang dihadiri antara lain Najib dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam itu.
Ternyata, perhimpunan itu menarik begitu ramai orang dan kemungkinan juga ramai lagi yang menghadirinya jika mereka tidak tertipu dengan sepanduk palsu pembangkang. Begitu juga dengan pendedahan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa kepala surat Umno digunakan untuk menyebarkan fitnah.
Surat yang kononnya ditandatangani bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, meminta ahli Umno supaya tidak mengundi calon BN, P Kamalanathan. Langsung tidak masuk akal. Yang lebih menyedihkan, surat yang mengandungi fitnah itu diedarkan di beberapa masjid selepas solat Jumaat.
Begitu dahsyat sekali taktik pembangkang sehinggakan masjid pun boleh dijadikan tempat untuk menabur fitnah.
Sehari sebelum hari mengundi, pembangkang, tertekan dengan sokongan padu kepada BN, mengedarkan risalah atas nama Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) pula untuk mengelirukan pengundi. Risalah palsu pertubuhan itu kononnya menyeru pengundi Melayu mengundi calon Melayu pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, berkata risalah yang menggunakan logo pertubuhan itu disebarkan di kawasan pengundi Melayu. Beliau sudah membuat laporan polis dan meminta polis menyiasat risalah palsu berkenaan.
Yang anehnya, fitnah yang berbau perkauman ini disebarkan oleh parti yang kononnya ‘parti untuk semua’ dan bukan rasis. Ternyata yang tersurat jauh menyimpang daripada yang tersirat.
Pendirian mereka berbeza-beza bergantung kepada bangsa mana yang menjadi majoriti di kawasan yang mereka berkempen. Pengundi Melayu diminta menolak calon India dan sebagainya.
Banyak lagi fitnah yang dihasilkan daripada kilang fitnah pembangkang, terutama sekali pada 24 jam terakhir sebelum hari mengundi. Kononnya beberapa orang wakil rakyat BN sudah meninggal dunia.
Taktiknya ialah untuk meraih simpati daripada pengundi untuk memenangkan pembangkang pada pilihan raya kecil itu dengan alasan kemenangan dalam pilihan raya kecil yang lain boleh diberikan kepada BN.
Penipuan-penipuan ini sebenarnya mendedahkan sifat sebenar pembangkang. Apabila tertekan, mereka sanggup membuat apa saja untuk mendapatkan undi.
Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor ini patut dijadikan panduan oleh pengundi di sana dan kawasan lain. Mereka patut menolak sama sekali calon daripada parti yang sanggup melakukan pembohongan. Jika parti pembangkang sanggup menipu ketika kempen, apatah lagi selepas pilihan raya.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA