Nik Aziz tidak senang dengan arahan Sultan yang apa jua ceramah politik tidak dibenarkan.Nik Abdul Aziz Nik Mat bertegas adalah tidak salah untuk menyampaikan ceramah politik di dalam masjid.Siapa ajar tidak boleh cakap politik di masjid. Urusan politik ini disebut dalam al-Quran. Ini kerja saki baki penjajah barat yang asingkan agama dan politik.Nabi Muhammad s.a.w sendiri ahli agama, politik, panglima perang dan menteri kewangan serta menteri sosial.Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh orang Islam dan ia sangat mendukacitakan.
Nik Aziz berkata demikian sebagai mengulas titah Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah yang melarang sebarang tindakan menggunakan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan tempat untuk mengadakan demonstrasi.Sultan Selangor sebelum ini bahawa bertitah masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturrahim sesama umat, dan bukannya tempat untuk berpolitik.
Gayanya Nik Aziz tidak berpuas hati dengan larangan Sultan dan Nik Aziz telah mempertikaikan arahan Sultan ini.Inilah dia wajah sebenar pemimpin pembangkang yang tidak mahu langsung mendengar sebarang nasihat walaupun larangan masjid dijadikan tempat ceramah politik adalah arahan dari Sultan sendiri.Tiada langsung perasaan menghormati pada Sultan oleh pemimpin Pas dan Pkr.Arahan Sultan pun di pertikaikan oleh mereka apa akan terjadi seandainya bila mereka berkuasa nanti.
Langsung tiada rasa menghormati arahan Sultan dan ini terbukti bila Dr Hasan Mohamed Ali menyampaikan khutbah berbaur politik di sebuah masjid di Bukit Sentosa hari ini sebagai menderhaka kepada titah Sultan.Hasan sepatutnya bijak membuat pertimbangan dan tidak mengambil kesempatan semasa kempen pilihan raya yang sedang berlangsung untuk menyampaikan mesej perjuangan sehingga sanggup mengetepikan perintah Sultan. Hassan Ali adalah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama. Beliau sepatutnya mematuhi apa yang dititahkan oleh tuanku Sultan. Bukan menyanggah apa yang dititahkan.Sultan adalah ketua agama dan titah baginda harus dipatuhi. Tuanku dah titahkan bahawa masjid jangan digunakan sebagai tempat untuk berpolitik. Ini maknanya dia derhaka pada tuanku Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah).
Keangkuhan Hassan Ali juga telah mengakibatkan beliau terlupa membaca selawat nabi yang juga merupakan rukun khutbah dan kejadian seperti ini perlu dijadikan iktibar kerana ia mungkin berlaku akibat keangkuhan Hassan dan pemimpin Pas yang lain untuk terus berkuasa dan inilah akibatnya. Hari ini dalam bacaan khutbah oleh Hassan Ali, rukun khutbah pun tak dibacanya. Selawat pun tak baca. Khutbah itu sudah ditakrif sudah tidak sah.Mungkin inilah akibatnya pada orang yang riak dan angkuh.Sudahlah perbuatan itu dikira menderhaka, jemaah masjid itu juga terpaksa menanggung akibat kerana sembahyang mereka dikira tidak sah.Disebabkan kealpaan tersebut dan kelalaian hassan Ali, ramai daripada jemaah terpaksa menggantikannya dengan bersolat Zohor.
Mengenai dakwaan pembangkang kononya kedatangan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi berkempen di Hulu Selangor bakal merubah fikiran rakyat, khususnya orang Melayu untuk mengundi mereka,ramai dikalangan rakyat tidak fikir kedatangan Mursyidul Am PAS itu berupaya mengubah keadaan sehingga sebegitu rupa.Seharusnya Nik Aziz perlu mengubah caranya selama ini yang menggunakan masjid sebagai tempat untuk menfitnah orang lain.
Hanya satu cara untuk menutup keculaparan pemimpin seperti Nik aziz dan yang lain dengan tidak mengundi calon mereka Zaid yang terlalu banyak masaalahnya seperti kaki mabuk dan kaki judi.Apakah kita ingin seorang pemabuk,peliwat dan penjudi menjadi pemimpin mereka.Bagi Pas mereka menolak semua ini dan menyokong Anwar sebagai pemimpin hanya kerana inginkan jawatan dunia.
Ali Biju silap langkah, GPS tetap jadi pilihan
-
Keputusan Ali Biju yang tetap dengan pendiriannya tidak mahu ‘melompat’ ke
Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum ini dan berpegang serta bergantung
k...
2 tahun yang lalu
ORANG KALAU SUDAH DERHAKA KEPADA IBUBAPANYA, KEPADA SIAPA LAGI DIA HORMAT?
BalasPadamRaja sendiri iaitu Sultan Kelantan pun dia sanggah. Apa lagi raja orang lain.
Celaka punya Nik Aziz. Allah saja lah membalas perbuatan kamu terhadap ugama dan bangsa kamu.
degil...tu perangai depa dari dulu hingga kini
BalasPadamFaham Politik
BalasPadamArahan yang dikeluarkan itupun adalah polotik. Politik sapa? UMNO/APCO. Aharah manusia atau PERINTAH ALLAH lebih besar? "Sampaikan daripada ku walaupun satu ayat" itu maksud hadith nabi saw. Masjid bukan kepunyaan manusia. ia RUMAH ALLAH. So kalau rumah Allah perintah Allah mesti dilaksanakan, diucapkan dirumah Allah. Ketua Agam mesti berlagak sebagai ketua agama. jangan jadi penentang agama. Kalau tak mampu jadi garam yang memasinkan ikan, janganlah jadi lalat yang membusukkan ikan.
lu pikirlah dengan iman....