tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 25 April 2010

DEMI POLITIK NIK AZIZ BENARKAN MASJID DICEMARI

KENYATAAN Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan larangan berpolitik di masjid sebagai ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris dan digunakan oleh orang Islam boleh dianggap satu perbuatan mengingkari perintah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Walaupun Nik Abdul Aziz ketika menjawab soalan wartawan tidak menyebut nama baginda tetapi ia jelas mengulas titah baginda sebelum ini yang menitahkan polis mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, hari ini.

Tindakan Nik Abdul Aziz itu adalah semata-mata bagi mempertahankan perbuatan Pas yang terus menggunakan masjid sebagai pentas ceramah politik termasuklah ketika khutbah Jumaat. Ini belum lagi mengira tindakan penyokong mereka yang menjadikan masjid sebagai 'hotel tanpa bintang' sepanjang kempen pilihan raya berkenaan.

Sememangnya kita tidak menafikan bahawa ketika zaman Rasullullah SAW, masjid digunakan untuk berpolitik tetapi persoalannya politik seperti manakah yang diamalkan oleh baginda? Ketika zaman Rasullullah tidak ada politik kepartian sebaliknya 'politik' ke arah menjadikan masjid sebagai institusi menyatukan umat dan menyebarkan syiar Islam.

Rasullullah SAW tidak pernah menggunakan masjid apatah lagi khutbah Jumaat untuk memaki sesiapa, apatah lagi kepada umat Islam. Tetapi apa yang dilakukan oleh Pas adalah berbeza, mereka menggunakan mimbar masjid sebagai pentas politik untuk memaki hamun sesama Islam. Lebih malang lagi, mimbar itu juga digunakan sebagai platform untuk menyebarkan fitnah seolah-olah hanya Pas dan parti pembangkang sahaja yang sempurna.

Adalah sesuatu yang mengelirukan apabila Nik Abdul Aziz menyatakan bahawa masjid boleh digunakan untuk berpolitik sedangkan selama ini umat Islam amat memahami bahawa institusi tersebut seharusnya digunakan untuk menyatukan mereka tanpa mengira apa juga fahaman politiknya.

Sebab itulah, pelbagai seruan dibuat supaya program mengimarahkan masjid dilakukan bagi menggalakkan umat Islam ke masjid dengan cara itu mereka boleh disatukan sebagai satu umat yang berpegang kepada satu akidah, mengadap satu kiblat dan menyembah Allah yang satu.

Malangnya, politik Pas yang digalakkan oleh Nik Abdul Aziz ialah sesiapa sahaja boleh menggunakan masjid untuk berpolitik yang sudah tentulah akan memecah belah umat Islam.

Kita amat memahami Nik Abdul Aziz membuat kenyataan itu atas dasar politik dan bukannya seorang ulama. Beliau bukannya tidak memahami peranan masjid yang sebenarnya tetapi oleh kerana berasa tersepit dan sememangnya amalan Pas menggunakan institusi itu untuk berpolitik, maka beliau mengeluarkan hujah-hujah bagi 'menghalalkan' perbuatan tersebut.

Dalam soal ini, penulis teringat bagaimana parti pembangkang termasuk Pas sering sahaja membangkitkan isu mengenai penggunaan sekolah oleh pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk menjalankan program, menurut mereka sekolah- sekolah tidak boleh digunakan sebagai pentas politik.

Tetapi yang manakah lebih buruk menggunakan masjid yang merupakan rumah Allah sebagai platform untuk berpolitik atau sekolah yang dibina oleh kerajaan? Bagaimana kalau BN atau lebih tepat lagi UMNO turut mengikut jejak Pas menggunakan masjid untuk berpolitik, adakah ketika itu Nik Abdul Aziz bersedia mengeluarkan kenyataan menganggap tindakan UMNO itu betul?

Setakat ini UMNO tidak pernah berbuat demikian kerana memahami institusi masjid perlu dipelihara dengan sebaik-baiknya demi kesejahteraan umat Islam. Tidak mengapa kita berbeza fahaman politik tetapi janganlah kita dipecah-belahkan di atas mimbar masjid oleh pemimpin-pemimpin Pas yang akan 'menghalalkan' apa sahaja demi kepentingan politik mereka.

Seperkara lagi, kita juga ingin mengetahui apakah pendirian Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung kenyataan Nik Abdul Aziz itu. Apakah beliau daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merupakan sekutu Pas untuk berebut kuasa akan menyebelahi Nik Abdul Aziz atau Sultan Selangor.

Ini kerana Sultan Sharafuddin adalah ketua agama di negeri yang dipimpin oleh Khalid. Jika beliau benar-benar menjunjung titah perintah baginda maka sebagai menteri besar, Khalid perlu mengeluarkan kenyataan menegur Nik Abdul Aziz.

Tetapi kita yakin Khalid mungkin tidak berani berbuat demikian kerana bimbang akan menyinggung perasaan pemimpin dan penyokong Pas. Jalan paling selamat yang mungkin diambil oleh Menteri Besar Selangor itu ialah menyalahkan media, kononnya tersilap lapor.

Itulah bahananya apabila mempunyai kawan politik yang suka mengeluarkan kenyataan yang bukan- bukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH