tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 19 April 2010

PAS LUPAKAN KISAH SILAM ZAID KERANA POLITIK

GAMBAR GAMBAR ZAID DENGAN BOTOL.........GAMBAR DARI GAP





Zaid dicabar untuk menyatakan pendiriannya berhubung pelaksanaan hukum hudud dan qisas seperti yang diperjuangkan oleh rakan PKR iaitu Pas.Ini kerana sebelum ini Zaid begitu lantang menentang pelaksanaan hukum itu dan sanggup membawanya ke mahkamah tetapi kini Zaid begitu baik dengan Pas.Sesungguhnya Pas dicabar untuk mengemukakan alasan kenapa Pas sekarang boleh menerima dan berhenti dari mengkritik Zaid sedangkan jelas gaya politik Zaid amat bertentangan dengan cara parti Pas.

Rakyat ingin mengetahui apakah Pas akan berhenti menghentam Zaid dan sekiranya Pas sudah tidak mahu mengkritik Zaid lagi rakyat mahu tahu kenapa Pas berdiam dengan Zaid.Pas juga dicabar untuk bertanya pada Zaid apakah pendiriannya terhadap hukum hudud yang ditentangnya selama ini.Jadi dapat kita lihat yang mana Pas tidak konsisten hanya semata mata kerana politik.Dulu Pas asyik bangkitkan soal hudud tapi bila kemasukan Zaid kedalam PKR ,Pas seakan melupakan hudud.

Pada 8 Ogos 2003 Zaid telah mengemukan petisyen di mahkamah persekutuan untuk mendapatkan deklarasi bahawa enakmen kanun jenayah syariah (11)1993 Negeri Kelantan yang melibatkan peruntukan perundangan jenayah seperti rang undang undang jenayah syariah (hudud dan qisas)adalah batal dan tidak sah.Ini Zaid lakukan bagi mencabar keputusan Dewan Undangan Negeri yang meluluskan enakmen itu kerana ia bercanggah dengan perkara 74 dan 8 ,serta perkara 4(1)perlembagaan persekutuan.Malah Zaid juga semasa berucap pada 22 Jun tahun yang sama pada perhimpunan Agung Umno Zaid menyfatkan Pas adalah sebuah parti yang banyak berdosa kerana mengganggu tugas Umno untuk mengubah sikap orang melayu yang beragama Islam dari menjadi kaum yang berjaya.

Walaupun Zaid kemudian menarik semula saman tersebut tetapi ia tetap tercatat dalam sejarah politik negara bahawa Zaid pernah 'memusuhi' Pas dengan menentang satu langkah perjuangan yang selama ini sangat ingin dilaksanakan oleh parti itu.Bagaimanapun bak kata orang, dalam politik tiada musuh dan kawan yang kekal dan pendekatan matlamat menghalalkan cara selalu digunakan demi kepentingan politik.Begitulah juga keadaannya apabila Zaid menjadi calon PKR atau lebih tepat lagi pakatan pembangkang, maka segala 'kesalahan' beliau seolah-olah sudah 'dimaafkan' oleh pemimpin-pemimpin Pas dengan alasan saman itu telah ditarik balik oleh Zaid.

Kemaafan itu bukan sahaja diberikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Malahan apa yang lebih menarik adalah Naib Presiden parti itu, Salahudin Ayub menyatakan, ''Setiap orang perlu diberi peluang kedua, malah Islam juga memberi tempat dan kemuliaan kepada sesiapa sahaja yang telah meninggalkan sejarah lampaunya.Dengan keputusan pakatan pembangkang memilih Zaid bertanding di sini, kita tiada masalah untuk memberi sokongan kepada beliau. Isu saman hudud tidak berbangkit, Mursyidul Am dan Presiden telah memberi arahan supaya pencalonan Zaid diberi sokongan oleh jentera parti." Itulah hujah Salahudin.

Persoalannya, apakah kerana Zaid kini bersama-sama pembangkang maka beliau kini dilihat 'bersih' daripada segala-galanya, sedangkan beliau pernah membuat satu tindakan yang dikecam begitu hebat oleh Pas suatu ketika dahulu?Kita tidak harus lupa bahawa salah satu sebab kenapa Nik Abdul Aziz menolak sebarang kerjasama dengan UMNO adalah kononnya atas alasan UMNO menolak Islam dan mengamalkan politik kebangsaan. Tiada ruang diberikan kepada UMNO biarpun demi membincangkan soal perpaduan orang Melayu dan umat Islam, maknanya tiada pula tafsiran peluang kedua seperti dikatakan oleh Salahudin.Oleh itu, bagaimana mungkin Zaid begitu mudah dimaafkan oleh pemimpin-pemimpin Pas hanya semata-mata kerana beliau sudah menarik saman berkenaan dan bertanding atas tiket pembangkang di Hulu Selangor.

Apakah pemimpin-pemimpin Pas sudah lupa apa yang dikatakan Zaid kepada parti itu suatu ketika dahulu antaranya, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu pernah menyamakan sikap Pas dengan parti-parti bertopengkan agama yang lain seperti Parti Likud di Israel dan Parti Bharatiya Janata (BJP) di India yang percaya mereka dipilih Tuhan untuk memerintah dunia.Lebih buruk lagi, Zaid juga pernah menuduh Pas tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan seperti Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah diharamkan dan meminta kerajaan mengharamkan Pas.

Dengan kenyataan seumpama itu, baik sungguh pemimpin-pemimpin Pas boleh memaafkan Zaid dengan begitu mudah hanya kerana Zaid telah dipilih oleh PKR untuk bertanding dalam pilihan raya.Pendirian Pas untuk memberikan sokongan padu kepada Zaid sepanjang pilihan raya tersebut pasti menjadi persoalan, mungkin bukan sahaja di kalangan rakyat malah di kalangan penyokong parti itu sendiri.Sebab itulah, Abdul Hadi terpaksa mengadakan sesi penerangan khas kepada jentera parti itu di Hulu Selangor untuk memastikan mereka tidak lemah semangat kerana terpaksa bekerja keras siang dan malam bagi memenangkan Zaid.

Sudah pasti, ada antara mereka yang 'terluka' dengan tindak tanduk Zaid sebelum ini tetapi apa boleh buat, pemimpin mereka lebih mementingkan kerjasama dan kesepakatan dengan PKR dan DAP. Mereka begitu yakin kerjasama berkenaan akan mampu menumbangkan kerajaan BN. Atas alasan yang sama juga, Pas turut dengan mudah 'memaafkan' pemimpin DAP yang menentang perjuangan Pas untuk menegakkan negara Islam.Justeru PKR dan DAP tidak pernah berasa bimbang dengan Pas kerana biar sejauh manapun pemimpin kedua-dua parti berkenaan pernah memaki hamun parti Islam itu, mereka pasti diampunkan selagi bernama pakatan pembangkang.

Penulis menghormati istiqomah ahli dan penyokong Pas yang pastinya akan bertungkus lumus di Hulu Selangor termasuk berkorban meninggalkan anak isteri serta tidur di masjid-masjid bagi memastikan kemenangan pakatan pembangkang tetapi mereka perlu ingat calon yang ingin dimenangkan itu ialah seseorang yang pernah memaki hamun parti itu dengan pelbagai gelaran.Kalaulah ada pemimpin atau penyokong Pas berhujah bahawa itu cerita lama kerana pada masa berkenaan Zaid berada di dalam UMNO tetapi kenapakah semangat yang sama tidak ada apabila UMNO mengajak Pas berunding dalam soal Melayu dan Islam, sebaliknya mengungkit apa yang berlaku ketika Pas bergabung dalam kerajaan campuran suatu ketika dahulu.

Semua tingkah laku pembangkang ini seharusnya memberikan pengertian kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor bahawa begitulah sikap sebenar pakatan berkenaan. Segala-galanya menjadi 'halal' jika ia melibatkan kepentingan politik mereka, biarpun hanya demi merebut sebuah kerusi Parlimen.Oleh itu, mereka perlu mempertimbangkan dengan fikiran yang tenang parti manakah lebih banyak melakonkan sandiwara politik demi meraih undi dan parti mana pula yang sentiasa ikhlas memperjuangkan nasib rakyat melalui kuasa politik yang dimiliki.Dalam PRU ke 11 yang lalu Pas telah menghentam Zaid dan pada waktu ini Pas dicabar untuk menyatakan pendirian Pas pada Zaid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH