tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 26 April 2010

FAKTOR KEJAYAAN BN DAN FAKTOR KEHANCURAN PKR

KEJAYAAN Barisan Nasional (BN) menawan kembali kerusi Parlimen Hulu Selangor dalam Pilihan Raya Kecil kawasan itu semalam telah memberikan isyarat yang jelas bahawa rakyat meyakini gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' serta program transformasi kerajaan.Dalam masa yang sama, rakyat menolak politik adu domba pembangkang yang terus menjadikan fitnah, tohmahan dan dakyah sebagai senjata politik.

Rakyat menolak Pkr kerana calon yang diketengahkan PKR bukan orang yang dimahukan oleh akar umbi PKr dan Pas .Kerana itulah sejak awal lagi kekalahan Pkr sudah dijangka kerana Zaid ditolak oleh penyokong Pkr dan Pas.Kerana tiada sokongan dari akar umbi dibawah maka Pkr terpaksa melutut menyembah Pas untuk membantu jentera kempennya yang sudah lumpuh.Satu lagi penyebab yang memungkinan Pkr tewas adalah kerana calon Pkr sendiri iaitu Zaid mempunyai tabiat minum dan berjudi.Kerana sifat dirinya itulah ramai orang melayu menolak Zaid yang dilihat tidak mungkin mereka akan memilih seorang kaki mabuk untuk menjadi seorang pemimpin.Hanya orang Cina yang banyak menyokong Zaid dan mungkin kerana Zaid ada sifat sifat mereka yang suka minum minuman yang memabukan.

Penolakan Zaid juga mungkin kerana Zaid adalah dari kalangan golongan orang yang Elit dan tidak sama tarafnya dengan kebanyakan rakyat Hulu selangor yang rata rata adalah orang kampung yang mempunyai sifat rendah diri yang tinggi.Penolakan Pkr juga adalah kerana Pkr telah diberi peluang tapi Pkr tidak dapat menunaikan kewajipannya sebagai pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyat.Selama ini Pkr telah mengabaikan kewajipan sebagai pemimpin dengan membiarkan rakyat dalam keadaan terabai.

Berlainan dengan kejayaan BN dimana faktor utama kejayaan BN ialah hasrat pengundi-pengundi Parlimen Hulu Selangor untuk memberi peluang kepada kepimpinan Najib untuk melakukan transformasi negara dan percaya gagasan 1Malaysia mampu membela nasib mereka.Kesungguhan PM yang turun padang sebanyak tiga kali termasuk pada Sabtu lalu untuk melakukan walkabout sehari suntuk telah memberikan keyakinan kepada pengundi-pengundi bahawa beliau benar-benar ikhlas untuk membantu mereka.Selain itu, sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Hulu Selangor pada Rabu lalu, Najib telah melafazkan jaminan yang selama ini ditunggu-tunggu oleh pengundi-pengundi apabila menyatakan bahawa kerajaan BN akan menunaikan semua janji yang dibuat sepanjang kempen berlangsung.

Harapan Najib untuk melihat BN kembali menguasai kerusi Hulu Selangor menjadi semakin mudah berikutan kegigihan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang boleh dikatakan 'berkampung' di Hulu Selangor sejak hari pertama kempen lagi.Beliau berjaya mengatur strategi bagi menggerakkan keseluruhan jentera BN supaya menggempur seluruh Hulu Selangor ketika jentera parti pembangkang masih bergelut dengan masalah dalaman.Muhyiddin sepanjang kempen terus menanam keyakinan kepada pengundi-pengundi agar memberikan peluang kepada BN untuk membela nasib mereka. Setiap ceruk dan rantau, siang dan malam, Timbalan Perdana Menteri tanpa mengenal penat dan lelah terus berkempen bagi memastikan kemenangan parti.Ini berlainan dengan Pkr yang hanya mahukan habuan dalam melakukan tugas dan ini lah sebabnya ramai mereka yang menggerakan jentera parti telah menutup bilik operasi kerana tiada habuan wang ringgit.

Impian Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk mencapai kemenangan menjadi agak mudah apabila calon BN, P.Kamalanathan ternyata mempunyai aura tersendiri.Walaupun tidak begitu dikenali, namun dengan kegigihan beliau turut ke padang bertemu pengundi sebaik sahaja penamaan calon selesai membuahkan hasil.Pengundi-pengundi menyambut kehadiran beliau dengan tangan terbuka. Kata-kata 'keramat' beliau, ''berilah saya peluang dan saya akan bekerja siang dan malam, senja dan subuh' telah menarik perhatian mereka untuk mengundinya.Berlainan dengan Zaid yang juga mempunyai aura tapi aura sebagai seorang kaki botol.Mungkin kerana itulah Zaid tiada sifat merendah diri pada orang kampong.Zaid tidak pandai untuk menghormati orang kampung tapi berlainan dengan sifat Kamalanathan yang tinggi budi pekertinya.

Walaupun beberapa serangan peribadi yang tidak munasabah dilakukan ke atas beliau oleh pembangkang, namun Kamalanathan tidak tergugat, beliau berjaya menemui hampir 60,000 pengundi dalam tempoh lapan hari kempen berjalan.Melalui jaminan Najib, diiringi dengan kegigihan Muhyiddin dan dibantu oleh 'aura' Kamalanathan, ia membangkitkan semangat jentera-jentera BN untuk bekerja siang dan malam.Berbanding dengan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, jentera BN di Hulu Selangor yang diketuai oleh Noh ternyata bekerja bersungguh-sungguh sehinggakan di seluruh kawasan Parlimen itu bendera parti tersebut berkibar-kibar di mana-mana sahaja.Malahan mereka juga mengadakan kempen rumah ke rumah sehingga ia memberikan kesan kepada pengundi-pengundi untuk menyebelahi BN.Kini BN kembali menegakkan panji-panji di Hulu Selangor manakala bagi parti pembangkang pula, sudah pasti selepas ini pelbagai tuduhan akan dilemparkan berikutan kejayaan BN. Apa pun rakyat sudah membuat keputusan, maka hormatilah.

PADA ZAID DAN JUGA ANWAR KALAU SUDAH KALAH TU MENGAKU SAHAJA AKAN KELEMAHAN DIRI DAN JANGAN MENYALAHKAN PIHAK LAIN.JAWAPAN SUDAH DIKETAHUI DAN ZAID SEBENARNYA TIDAK LAYAK UNTUK MENJADI SEORANG PEMIMPIN....PAHAM PAHAM AJE LAH.....TAKAN LAH ORANG HULU SELANGOR INGIN SEORANG KAKI MABUK DAN PENJUDI TEGAR UNTUK MENJADI PEMIMPIN MEREKA....BAGI ORANG MELAYU HULU SELANGOR MEREKA TIDAK MEMILIH BANGSA TAPI MEMILIH SESEORANG YANG DAPAT MEMBANTU MEREKA DIMASA AKAN DATANG ...ITULAH SEBABNYA WALAUPUN BN MELETAK SEORANG INDIA TAPI HATI DAN BUDINYA HANYA UNTUK MENGHAMBAKAN DIRI PADA RAKYAT........BAGI ZAID....KALAU NAK JADI SEORANG PEMIMPIN ELOK BERTANDING DI KELANTAN SAJA ....MUNGKIN NIK AZIZ AKAN BERI TEMPAT ZAID TEMPAT DIKELANTAN....KERANA NIK AZIZ BUKAN TENGOK SIFAT PERIBADI CALON TAPI NIK AZIZ PILIH ATAS NAMA PARTI....KITA TENGOK NANTI APAKAH NIK AZIZ BAGI LALUAN PADA ZAID UNTUK BERTANDING DI KELANTAN........

1 ulasan:

  1. bagaimana dengan geng muda. Peratusan mengundi bn. Sekiranya tidak melebihi 60%. Mungkin beralih PR

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH