Kalau dah kalah, terima sajalah, jangan buat andaian-andaian begitu.BN tidak membeli Undi sebaliknya BN menyelesaikan banyak masaalah yang dibiarkan oleh Kerajaan Selangor.Bukan di Hulu Selangor sahaja timbul masaalah tapi pada keseluruhannya Kerajaan Selangor tidak memperdulikan masaalah rakyat di Selangor.Tuduhan yang dilemparkan PKR ini adalah sebagai tindakan untuk memburukkan nama baik BN.
Pokoknya BN dah menang. Bagi saya pilihan raya kecil itu telah berjalan dengan baik dan SPR telah menjalankan kerja mereka dengan baik.Kita dah terima keputusan dan BN dah menang. Pihak yang terlibat sepatutnya terima hakikat dan kenyataan itu, tak sewajarnya bangkitkan sebab-musabab kerana mereka tak puas hati dengan apa yang telah berlaku.Kalau tak puas hati lu orang bawak pi mahakamah..Pembangkang yang lebih teruk dengan melanggar segala peraturan dan menyalahgunakan kuasa semasa berkempen seperti yang dapat disaksikan sendiri oleh semua pihak terutama pengundi di kawasan Parlimen itu.Kerana itulah pembangkang tewas dan Pkr sendiri sudah tidak diterima oleh orang melayu walau pun meletakan Zaid.Tapi kerana Zaid mengaku yang beliau seorang kaki yammmmmm Senggggggg maka bukan orang melayu sahaja yang menolak tapi orang PKr dan Pas sendiri tidak mahu Zaid.Jadi sebelum menuding jari pada BN lebih baik Anwar dan Zaid sendiri lihat wajah sendiri...
Kalau nak disenaraikan memang banyak kesalahan yang dilakukan pembangkang.Contoh yang ketara adalah
l Menggunakan Dewan Orang Ramai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rasa sebagai Rumah Pas Ampang, Selangor dengan secara jelas menggantung bendera besar Pas di pintu masuk dewan itu.
l Menggunakan Dewan Majlis Daerah Hulu Selangor sebagai tapak Karnival Rakyat.
l Menggunakan secara jelas lambang Parti Keadilan Rakyat dan Pas pada program Jelajah Masjid.
l Mendirikan pondok panas berhampiran dengan pusat pengundian yang jelas melanggar arahan Suruhanjaya Pilihan Raya.
l Melakukan provokasi dan meraih undi semasa proses pengundian berjalan.
Inilah tabiat mereka yang sudah menjadi amalan pembangkang dalam setiap perkara atau isu sama ada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri dan Parlimen atau kes-kes mahkamah apabila kalah atau lebih tepat lagi terkena batang hidung sendiri, mereka akan menuduh kerajaan bermacam-macam.Tetapi apabila beroleh kemenangan, tidak pula memarahi kerajaan sebaliknya memuji dan bermegah dengan kemenangan itu, inilah sikap sebenar pembangkang yang membuat kritikan secara berpilih-pilih.Saya yakin pengundi-pengundi yang mengundi BN mempunyai pengharapan yang tinggi untuk BN terus berperanan dan bukannya seperti dakwaan yang dilemparkan pembangkang.Saya nak nasihatkan kepada pembangkang terutama Anwar dan Zaid agar menjaga pengundi mereka atau sekurang-kurangnya ucaplah terima kasih dan bukannya menuduh begitu atau begini. Sebelum pengundi mereka 'lari' ke BN pula nanti.
Rakyat Hulu Selangor sedia maklum apa yang berlaku di sana dan dapat menilai apa yang sebenarnya berlaku. Pengundi sudah tahu menilai pakatan pembangkang yang jelas cakap tidak serupa bikin.Anwar dan Zaid perlu menerima adat pertandingan yang pasti akan ada pihak yang kecundang, sekali gus ia sebenarnya menambahkan lagi tanggungjawab pemenang untuk mengotakan segala janji yang dibuat.Terimalah hakikat rakyat memilih BN, segala proses demokrasi telah dijalankan dengan baik dan jujur oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Jangan pula apabila kalah pembangkang terus tuduh dan caci SPR tetapi semasa menang sebelum ini senyap pula dan sebaliknya memuji suruhanjaya itu, langsung tidak timbul isu penipuan dan rasuah.
Anwar dan Zaid seharusnya manifestasi penolakan rakyat itu wajar dijadikan perangsang kepada mereka untuk terus membela dan mementingkan agenda rakyat.Mereka perlu mencontohi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun rakyat menolak BN di empat buah negeri tetapi beliau tetap istiqamah membela nasib rakyat.Najib tidak pernah turun padang untuk mengaibkan pembangkang tetapi sebaliknya dengan penuh jujur memperkenalkan pelbagai dasar dan langkah seperti gagasan 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan yang terbaru Model Ekonomi Baru.Bagi saya apa yang Anwar dan Zaid tuduh itu merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan saya yakin pengundi tidak terlalu dangkal untuk menerima sogokan kerana mereka sudah bijak untuk menilai antara kebenaran dan kebatilan.
Anwar bukan sahaja menuduh Kerajaan malah menuduh rakyat sama sekali.Jadi sebelum Anwar akan ditolak oleh rakyat jangan lah menuduh sembarangan tanpa ada sebarang bukti yang kukuh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA