Hari ini doktor peribadinya keluar PKR dan masuk Umno.Esok lusa siapa lagi yang rapat dengan Anwar akan keluar dari PKR tiada siapa dapat menjangkanya.Anwar begitu teruja dengan keluarnya Dr Halili Rahmat,Apa tidak nya sudahlah Dr peribadinya,Kalau Dr peribadi ni biasanya beliau tahu luar dalam Anwar.Itu yang buat Anwar makin mengelabah dan runsing kerana Anwar takut silap haribulan apa sahaja yang ada dalam diri Anwar akan dibongkar oleh Dr Halili.Kerana itulah Anwar tidak berani untuk mengulas sebaliknya orang lain yang bersuara bagi pihak Anwar dan PKR.
Begitu ramai orang yang rapat dengan Anwar satu persatu pergi meninggal kan nya,Apakah semuanya ini?Sebenarnya mereka ini semuanya tahu tembelang Anwar yang hanya mencari publisiti untuk menguntungkan dirinya sahaja.Bukan untuk membela rakyat sebagaimana yang selama ini Anwar laungkan.Yang masih pertahankan Anwar adalah orang tidak rapat dengannya seperti orang DAP dan PAS yang dirasakan ingin menggunakan Anwar untuk kepentingan politik mereka.Sebenarnya Anwar menggunakan DAP dan PAS dan begitulah sebaliknya DAP dan PAS menggunakan diri Anwar untuk kepentingan politik masing masing.
Sejak ramai rakan rakannya meninggalkan PKR Anwar makin kehabisan modal untuk teruskan tali hayat PKR apatah lagi sebaik sahaja rakan rapatnya Datuk Dr Halili Rahmat buat keputusan keluar PKR dan masuk UMNO.Jika sebelum ini, andai ada pemimpin PKR keluar atau lompat parti, Ketua Pembangkang itu akan menggunakan modal yang mereka ini dibayar dan ditawar pangkat serta kedudukan.
Kerajaan BN dan UMNO lah jadi mangsa tohmahan kononnya memujuk dan membeli pemimpin-pemimpin tersebut yang keluar PKR sebenarnya kerana sudah bosan dan muak dengan politik Anwar.
Apakah Anwar boleh guna modal yang serupa dengan tindakan Dr Halili umum keluar PKR pagi Isnin ketika BN dan pembangkang sedang berentap sakan dalam pilihanraya kecil di Hulu Selangor.
Bagi bekas Setiausaha Politik mantan Timbalan Perdana Menteri itu, Ezam Mohd Noor, Ketua Umum PKR itu kini sudah habis modal politiknya dengan ucapan ‘bye-bye PKR’ oleh Dr Halili.
Ezam yang turut rapat dengan Dr Halili ketika sama-sama dalam Keadilan sebelum ini, berkata pakar bedah saraf itu ada segala-galanya termasuk kedudukan dan wang ringgit.
Menurut Ezam, apabila orang seperi Dr Halili buat keputusan keluar pasti ada sebab musabab tambahan pula beliau bukan sahaja rapat dengan Anwar tetapi isterinya Datin Seri Wan Azizah Ismail.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA