tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Jumaat, 23 April 2010

ANWAR SEMAKIN TERDESAK KALI INI PENYOKONG SENDIRI DI GULA GULAKAN

Semakin dekat dengan hari pengundian semakin terdesak anwar dan kali ini penyokongnya menjadi mangsa Anwar. Anwar kata PKR akan menang dengan kelebihan lebih 30,000 undi......kah ...kah....kah....kah....Kalau anwar letak calon yang baik pun tak mungkin calon itu boleh menang kalau ketuanya seorang kaki putar alam.Apatah lagi letak Zaid yang kaki botol dan judi tiada siapa lagi yang akan mengundi Zaid.Bukan orang Hulu Selangor sahaja yang tidak akan mengundi Zaid malah orang Pas dan Pkr akan sama sama tidak akan mengundi Zaid malah akan memberikan undi pada Kamalanathan.Walaupun mereka tahu mereka sudah mengkianati perjuangan parti sendiri tapi inilah sahaja pengajaran yang harus ditunjukan pada Anwar dan sekutunya Pas yang tidak langsung mendengar cadangan dari akar umbi.

Bagi ahli ahli Pas dan Pkr apa yang disuarakan Anwar yang mengandaikan Pkr akan menang dengan majoriti yang besar hanya cakap orang yang dah nak kalah dan hanya mahu menyedapkan seluruh ahli PKR yang sudah dari awal lagi memboikot segala aktiviti PKR.Bagi kami ahli ahli PKR kami bukan bodoh untuk mempercayai apa yang dikatakan oleh Anwar .Kerana sudah terdesak dan sudah menghampiri hari pengundian maka Anwar tiada pilihan lain dengan meminta kerjasama Pas untuk membantu jentera PKR yang sudah lumpuh angkara Anwar memilih Zaid yang hidupnya penuh dengan scandal.

Sedap mulut sahaja Anwar kata yang PKR akan menang dengan lebih dari 30,000.Kalau PKR dapat 10,000 sahaja kali ini itu sudah dikira beruntung.Ini kerana ramai pemimpin PKR sendiri sudah muak dengan permainan politik Anwar yang semakin hari semakin di tolak oleh rakyat.Kerana sikap Anwar yang hanya mementingkan diri sendiri maka ramailah rakan rakan baiknya yang sudah tidak mempercayai Anwar lagi.Rakyat Hulu Selangor sudah beri PKR lebih 2 tahun untuk membantu rakyat di Hulu Selangor tapi tiada apa yang dilakukan PKR dan Anwar selama ini dan kerana itulah rakyat sudah tidak mahu mendengar rayuan Anwar lagi.Apa yang dilakukan oleh PKR hanyalah untuk membuncitkan perut pemimpin mereka dan membiarkan rakyat menderita.Inilah yang berlaku di Hulu Selangor sekarang....Setelah mendapat mandat dari rakyat Hulu Selangor PKR membiarkan rakyat terkapai kapai tanpa sebarang pembelaan.

Dalam nada Anwar yang hanya untuk membohongi pengikutnya yang kononnya Zaid akan menang besar berlainan pula dengan KIt Siang yang awal awal lagi sudah mengaku kalah.Begitu juga dengan Pas yang merasakan PKR tidak akan memenangi HUlu Selangor setelah Anwar tersalah pilih Zaid yang banyak mempunyai masaalah.Kit Siang mengakui calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim menghadapi laluan yang sukar berbanding lawannya P.Kamalanathan daripada Barisan Nasional.

Walaupun terdapat ramalan peluang kedua-dua calon itu adalah 50-50, Lim berkata Zaid sedang mengekori Kamalanathan disebabkan sokongan pengundi Melayu dan kaum India kepada calon BN itu.BN ada kelebihan hasil daripada kempen intensifnya tetapi saya yakin kita dapat mengubah keadaan jika kita menggadakan lagi usaha di saat-saat akhir ini.Pemerhati berkata satu daripada faktor yang membantu BN ialah kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari lepas untuk menyuntik semangat jentera BN selain menangkis semua dakwaan pembangkang terhadap beliau dan kerajaan.

Hari ini,Najib sekali lagi berada di Hulu Selangor, kali ini mengunjungi kawasan Felda di Sungai Buaya dan sebuah kampung baru Cina di Hulu Yam.Di Sungai Buaya, Najib menyerahkan RM50,000 kepada setiap daripada 100 bekas peneroka skim Felda di situ sebagai pendahuluan kepada pampasan bagi tanah yang diambil daripada mereka.Perdana Menteri juga telah menyelesaikan beberapa isu melibatkan penduduk Hulu Selangor seperti hak milik tanah selain meluluskan beberapa projek infrastruktur.

Minggu lepas, Kementerian Kerja Raya mengumumkan pembinaan persimpangan bertingkat yang akan memberi manfaat kepada 100,000 pengguna di kawasan Sungai Buaya, Sungai Choh, Serendah dan utara Rawang. Projek itu dijangka bermula awal tahun depan.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berada di Hulu Selangor sejak hari penamaan calon Sabtu lepas.Kempen BN diperkuatkan lagi dengan kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Serendah semalam.Dengan kehadiran Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri, BN nampak bersungguh-sungguh berusaha untuk menang. Inilah yang membuatkan kami terpaksa berikhtiar untuk mengurangkan jurang. Jika tidak, keadaan akan menjadi amat sukar bagi kami," kata Lim.

Satu lagi faktor yang meletakkan PKR dalam keadaan bertahan ialah pendedahan menerusi blog mengenai tabiat Zaid meminum arak dan mengenai kuda lumba yang dimilikinya.Pas pula mempertahankan Zaid dengan berkata bahawa itu adalah isu lama dan Zaid kini sudah berubah.Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berada di sini sejak seminggu lepas.Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu pula mengambil sikap berhati-hati dalam memberi penilaian terhadap peluang Kamalanathan dengan berkata bahawa walaupun harapan untuk menang adalah cerah tetapi BN tidak boleh terlalu yakin.Minggu lepas, apabila saya hadiri perhimpunan, orang ramai duduk jauh-jauh. Tapi pada Isnin lepas, mereka duduk semakin dekat dan sekarang mereka berada di sisi kita. Ini petanda baik.

MIC menjangkakan pengundi kaum India akan kembali menyokong BN kali ini setelah mereka menyebelahi pembangkang pada pilihan raya umum yang lepas pada 2008.Sebelum ini, sokongan mereka ialah 70 peratus kepada pembangkang dan 30 peratus kepada BN tetapi sekarang keadaan sudah terbalik. Namun, kita tidak boleh terima gambaran ini pada permukaan saja dan kita harus berusaha keras sehingga hari pengundian," kata Samy Vellu.Kewujudan parti Makkal Sakthi yang ditubuhkan oleh mereka yang menyokong pembangkang pada 2008 tetapi kini mengalih kepada BN, juga menarik ramai pengundi kaum India kepada parti pemerintah.Pemerhati berkata walaupun persaingan dilihat sengit, calon yang menang nanti mungkin meraih majoriti sekitar 2,000 undi.

PADA KAUM INDIA DI HULU SELANGOR,PENDUDUK DI KAMPONG BUAH PALA DI PULAU PINANG MENASIHATKAN KEPADA MEREKA JANGAN JADI MACAM MEREKA YANG DI HALAU DARI KAMPONG MEREKA SETELAH MENYOKONG PAKATAN RAKYAT...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH