Baginda bertitah masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturrahim sesama umat, dan bukannya tempat untuk berpolitik.Beta tidak berkenan masjid dan surau dijadikan gelanggang untuk berpolitik dan mengadakan demonstrasi yang negatif baik di perkarangan mahupun di dalam masjid," titah baginda pada majlis perasmian Masjid Taman Cheras Jaya di sini, hari ini.Turut hadir Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Sebagai MB yang turut hadir dalam perasmian itu Khalid seharusnya tidak mengingkari arahan Sultan yang melarang sama sekali masjid dijadikan medan politik untuk melepaskan fitnah.Sudah lah masjid dijadikan tempat persinggahan oleh penyokong Pas yang langsung tidak menghormati kebersihan masjid.
Sultan Sharafuddin berkata masjid adalah tempat paling sesuai untuk umat Islam menginsafi diri dan mensucikan hati supaya dapat menghilangkan perasaan hasad dengki dan juga mengetepikan perasaan membenci antara satu sama lain.Di dalam masjidlah tempat yang sepatutnya diberi penerangan tentang pentingnya hubungan baik dan muhibbah di antara masyarakat tanpa mengira kaum, fahaman politik dan latar belakang agama," titah baginda.Sultan Sharafuddin turut mengingatkan setiap pegawai dan anggota jawatankuasa masjid supaya merujuk terlebih dahulu kepada pihak berkuasa agama negeri sebelum menjemput penceramah-penceramah agama bagi memastikan mereka memiliki tauliah.
Hanya mereka yang mempunyai tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sahaja yang dibenarkan untuk berceramah, berkuliah, berkhutbah dan mengajar di masjid-masjid dan surau-surau," titah baginda.Masjid Taman Cheras Jaya dibina pada 12 Disember 2004 di atas sebidang tanah berkeluasan 2.62 ekar dengan kos bernilai RM5.3 juta bagi menggantikan Madrasah Manbaeil Uloom yang dibina pada 1987.Masjid yang siap sepenuhnya pada 24 Ogos 2006 itu mampu menampung 2,500 jemaah pada satu masa bagi memberi kemudahan kepada penduduk di sekitar Taman Cheras Jaya dan kawasan perindustrian berhampiran.
PADA NIK AZIZ DIHARAP HORMATI KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT OLEH SULTAN SELANGOR......JANGAN DATANG KESELANGOR IBARAT RUMAH SENDIRI......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SILA ULAS APA YANG ANDA BACA