tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 27 April 2010

ADUN KUBANG ROTAN HARUS MINTA AMPUN DARI SULTAN

Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa menghadap dan memohon ampun ke atas Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berikutan soalannya yang disifatkan menghina Sultan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Yang Dipertuanya, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya, berkata ia kerana tindakan wakil rakyat Pas itu yang disokong rakan mereka melampaui batas dan adab kemelayuan kerana mempersoalkan kuasa Sultan sebagai ketua agama di negeri ini.Persidangan DUN Kedah semalam tertitik satu dakwat dalam sejarah agung negeri Kedah dan sistem demokratik raja berdaulat di Malaysia. Kami dan rakyat negeri ini dapati soalan yang dikemukakan itu sebagai menghina Sultan dan sejarah ketuanan dan kesultanan baginda yang dijamin dalam Undang-Undang Tubuh Negeri sebagai ketua agama dan ketua negeri.

"Kami mencela perbuatan sombong dan angkuh itu dan menggesa YB Kubang Rotan itu memohon ampun kepada Sultan dan menarik balik soalan yang dikemukakan dalam sidang DUN itu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, lewat petang tadi.

Beliau mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai tindakan kerajaan Kedah terpaksa menarik balik soalan lisan seorang penyokongnya daripada Pas ketika persidangan DUN yang dianggap menghina Sultan Kedah ekoran bantahan daripada beberapa anggota Barisan Nasional (BN).

Abdul Isa membuat keputusan itu selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) serta beberapa wakil BN, termasuk Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bangun membantah kerana soalan itu dianggap mempertikaikan kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam negeri.
Pertikaman lidah itu tercetus selepas Mahdzir bangun meminta supaya soalan bertulis Mohd Nasir Mustafa (Pas-Kubang Rotan) itu ditarik balik.

Mohd Nasir bertanya sejauh manakah bidang kuasa Sultan sebagai ketua agama Islam negeri dihormati oleh Kerajaan Pusat dan setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam.

1 ulasan:

  1. Lebih baik awak minta wanita UMNO yang tak pakai tudung tu minta ampun kepada Allah lagi baik... kalau berani pergi suruh bik mama awak tu minta ampun kepada Allah...

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH