tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Selasa, 27 April 2010

TENTU ADA SEBAB KENAPA BN MENANG DENGAN MAJORITI YANG KECIL

Jika asalkan menang dijadikan ukuran, majoriti 1,725 undi diperolehi calon Barisan Nasional (BN), P.Kamalanathan dianggap memadai. Namun, jika mahu dijadikan ukuran rakyat khususnya pengundi-pengundi Parlimen Hulu Selangor mengatakan mereka sudah kembali menyokong kerajaan BN, ianya masih jauh lagi. Pemimpin-pemimpin dan jentera BN boleh berpuashati hati dapat merampas semula kerusi Hulu Selangor ekoran kekalahan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Ayam sabung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu memperolehi 23,272 undi berbanding Kamalanathan yang mendapat 24,997 undi.

Andai diteliti, calon PKR walaupun tewas tetapi undi diperolehi meningkat berbanding yang dimenangi calon parti sama pada pilihanraya umum lalu, allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad sebanyak 23,177 undi. Ini bererti pengundi-pengundi yang menyokong pembangkang masih utuh di Hulu Selangor. Ini juga bermakna, Kamalanathan diselamatkan oleh peningkatan jumlah pengundi berdaftar serta peratus keluar mengundi pada 25 April. Pada pilihanraya umum lalu, calon BN Datuk G.Palanivel yang tewas kepada Dr Zainal memperolehi 22,979 undi tetapi Kamalanathan dapat sokongan undi sebanyak 24,997.

Amat jelas pertambahan 2,018 undi kepada calon BN ini disebabkan peningkatan jumlah pengundi serta yang keluar mengundi seramai kira-kira 49,000 berbanding 47,622 pengundi pada pilihanraya 2008. Meneliti angka-angka di atas, BN tidak boleh selesa dengan kemenangan di Hulu Selangor. Kemenangan ini tidak boleh menutup fakta BN tewas tujuh daripada sembilan pilihan raya kecil sebelum ini. Kejayaan kecil ini juga tidak boleh dijadukan ukuran Gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan – Pencapaian Diutamakan’ bergerak laju menuju matlamatnya. Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pastinya berusaha yang terbaik bagi memenuhi tuntutan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya.

Apapun, pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor memberi banyak pengajaran kepada Perdana Menteri untuk menilai sama ada golongan bukan Melayu mahu terus bersama-sama kerajaan mencapai matlamat Gagasan 1Malaysia. Walaupun belum ada angka rasmi tetapi umum sudah mengetahui sokongan pengundi-pengundi Cina masih ketara belum memihak kepada BN begitu juga dengan masyarakat India. Kenapa jadi begini? Pasti Najib sebagai pengerusi BN dan barisan kepimpinan parti komponen dapat mengesan masalah-malasah ini dalam ‘post mortem’ terhadap keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Bagaimanapun, sekilas pandang perkara-perkara ini harus diberikan perhatian. Pengundi-pengundi Cina nampaknya sudah terpengaruh dengan budaya PAS dalam membuat keputusan pilihanraya. Ungkapan ‘Beri kain pakai, beri gula makan, beri pitih (wang) ambil’ yang cukup popular dikalangan PAS boleh dikatakan sudah dipraktikkan juga oleh pengundi-pengundi Cina. Ketika kempen pilihanraya, walaupun kerajaan memberikan bantuan dan menyelesaikan masalah-masalah kaum ini tetapi ternyata hasil undi Cina kepada calon BN amat mengecewakan. Ada pula pendapat mengatakan undi protes dikalangan ahli-ahli MCA sendiri yang tidak berpuashati dengan keputusan pemilihan parti itu bulan lalu kerana Datuk Seri Chua Soi Lek bukan dipilih presiden parti dengan majoriti dua pertiga.

Faktor penyokong-penyokong Timbalan Presiden MIC, G.Palanivel yang tidak dicalonkan semula juga turut memberi kesan.Undi protea kumpulan ini juga tidak dapat dielakkan. Satu paktor lain yang perlu dipandang pimpinan BN adalah mesej jelas bahawa pengundi-pengundi Melayu masih menolak calon MIC bertanding di kawasan itu. Ini dapat dilihat dengan jumlah lebih 6,000 undi yang memenangkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen Hulu Selangor pada 2008 masih ‘belum kembali’ kepada BN berdasarkan jumlah pengundian Ahad.

Dalam erti kata lain, lupakan apa sahaja pembangkang akan kata mengenai punca kekalahan Zaid tetapi sekilas pandang, BN hanya menang tetapi berhati-hatilah kerana tidak guna menang sorak jika kampong tergadai pada pilihanraya umum akan datang. Justru itu, cabaran terbesar adalah memahami sikap pengundi-pengundi sama ada Melayu. Cina ataupun India pada tempoh berbaki tidak sampai tiga tahun lagi bagi pilihanraya umum ke 13. Perlu diingat juga, pilihanraya kecil Parlimen Sibu Sarawak 16 Mei ini pasti menjanjikan sesuatu lebih sengit dengan pembangkang khususnya DAP yang akan meletakkan calonnya sudah tentu mahu menebus kekalahan pakatan pembangkang di Hulu Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH