Persepsi dan kebenaran adalah dua perkara yang berbeza.Persepsi adalah pandangan berasaskan anggapan atau andaian yang mungkin tidak benar.Sebaliknya kebenaran adalah berasaskan fakta dan bukti mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Atas sebab itu Datuk Seri Najib Tun Razak ingin menyerahkan isu dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam aksi seks seperti dalam video yang didedahkan oleh Datuk Trio ditentukan oleh rakyat sendiri.

“Biarlah rakyat yang ditentukan.Rakyat mahu kebenaran bukan persepsi,”kata Perdana Menteri.

Beliau diminta mengulas isu video seks yang sudah disahkan tulen oleh pakar hasil siasatan polis keatasnya setakat ini.

Najib bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu ketika soalan mengenainya ditujukan kepada beliau dalam sidang akhbar selepas satu majlis di Balik Pulau,Pulau Pinang Sabtu.

Kini seluruh rakyat negara ini sedang menanti kebenaran yang pasti mengenai isu video seks ini.Kebenaran seumpama itu antaranya boleh diperolehi menerusi Suruhanjaya Diraja yang boleh menyiasat secara terbuka dan telus dalam menentukan siapa aktor dalam video berkenaan.

Tandatanya yang berlegar kini ialah apakah kerajaan akan menubuhkan atau tidak suruhanjaya berkenaan dalam usaha mencari kebenaran muktamad keatas isu ini.

Ada juga kalangan pemerhati politik menilai komen ringkas Perdana Menteri itu satu petanda kemungkinan besar sebuah Suruhanjaya Bebas akan dibentuk untuk menentukan kebenaran berkenaan.

Ini kerana suruhanjaya berkenaan saja dapat meleraikan pelbagai persepsi yang sedang menyelubungi isu berkenaan.

Lagipun Anwar sendiri sudah menuduh ia satu konspirasi yang melibatkan polis