Inilah yang di katakan oleh Perdana menteri iaitu hanyalah satu permainan politik pembangkang untuk terus mendapat sokongan rakyat tanpa memikirkan bagaimana untuk menghadapi dan memulihkan ekonomi negara.
Terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya yang tidak perlu sebenarnya, melainkan seseorang itu meninggal dunia maka ia perlu diganti tetapi peletakan jawatan ini merupakan keputusan politik.Rakyat umumnya tidak suka pilihan raya kecil yang sengaja diada-adakan yang hanya untuk menguji kekuatan dan apatah lagi membazirkan wang rakyat.
Mohammad Fairus memberi alasan, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usahanya melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah dan sekali gus memberi masa untuk bersama keluarga yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugas dan tindakannya ini hanya mengkhianati pengundi dan rakyat perlu membuat keputusan samaaad keputusan Fairus itu baik atau sebaliknya.
Dalam isu ini bukan soal peluang Barisan Nasional (BN) boleh memenangi pilihan raya kecil tersebut atau sebaliknya, tetapi lebih penting lagi melihat prinsip pilihan raya mengikut Perlembagaan negara.Di dalam Perlembagaan negara ada menyebut pilihan raya kecil diadakan apabila ADUN atau Ahli Parlimen meninggal dunia, diisytiharkan muflis dan terpaksa berhenti kerana tidak berkemampuan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.
Tetapi sengaja berhenti adalah bercanggah dengan konsep demokrasi berparlimen atau seumpamanya kerana apabila menawarkan diri, anda patut komited bekerja sepanjang tempoh menjadi ADUN atau Ahli Parlimen untuk berkhidmat kepada rakyat.
PKR sebenarnya bukan untuk membela rakyat tetapi hanyalah untuk membela pemimpin mereka yang kebanyakannya terlibat dalam salah laku moral.Itulah sebab mereka mengunakan rakyat dengan mengheret rakyat membuang masa .Ini bukan pertama kali dilakukan oleh pemimpin PKR .Kali pertama, pada pilihan raya umum Mac tahun lalu.Tidak sampai enam bulan kemudian, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang memenangi kerusi tersebut meletakkan jawatannya.
Langkah itu diambil semata-mata bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.Kali ini, kerusi DUN Penanti yang terletak di Parlimen Permatang Pauh dikosongkan pula oleh seorang lagi pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Mohammad Fairus Khairuddin gara-gara disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah.Ini menjadikan kali ketiga wakil rakyat PKR meletakkan jawatan.
Selepas Wan Azizah mendahului di Permatang Pauh, Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau terpaksa diadakan 7 April lalu selepas wakil rakyatnya, V. Arumugam meletak jawatan ekoran skandal moral yang dihadapi.
Situasi sama hampir berlaku di DUN Bukit Lanjan apabila penyandangnya, Elizabeth Wong mahu meletak jawatan berikutan pemaparan gambar separuh bogelnya di Internet sebelum menarik semula hasratnya itu.
Rakyat yang menaruh harapan tinggi selepas memilih semua pemimpin terlibat, seolah-olah dihukum untuk berdepan pilihan raya demi pilihan raya sedangkan ia sebenarnya tidak perlu.Dulu Wan Azizah letak jawatan beri tempat untuk Anwar, kini ADUN-ADUN PKR pula meletak jawatan kerana diselubungi skandal dan penyalahgunaan kuasa. Jadi, pilihan raya ini sebenarnya untuk apa? Apa yang rakyat dapat?
Ini sepatutnya membuka mata kita semua dalam menilai pemimpin macam mana yang PKR ada dan fikirlah apa sebenarnya sumbangan mereka kepada rakyat.Pemimpin PKR terutamanya Anwar yang berapi-api memperjuangkan prinsip kepimpinan unggul dalam ceramah politiknya, sebenarnya tidak boleh menolak hakikat bahawa parti itu kini berdepan krisis kredibiliti ADUN daripada parti itu..
Malah, krisis itu jugalah yang memaksa Anwar melengah-lengahkan pengumuman pengganti Mohammad Fairus bagi jawatan Timbalan Ketua Menteri I (TKM I) Pulau Pinang.Mahu tidak mahu, PKR perlu mengakui yang parti itu ketandusan pemimpin berwibawa di Pulau Pinang.
Kemelut PKR itu turut mengheret Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang terjejas imej garangnya apabila dilihat terlalu 'tunduk' kepada Anwar sehingga tidak boleh membuat keputusan walaupun mempunyai kuasa eksekutif melantik pengganti Mohammad Fairus.
Apa pun, pengosongan kerusi DUN Penanti sebenarnya terpaksa dilakukan oleh Anwar untuk memulihkan semula imej PKR ekoran skandal penyalahgunaan kuasa dan krisis kebolehpercayaan yang sudah mula disedari pengundi Permatang Pauh.
Jadi, Anwar perlu menyakinkan 15,000 pengundi di Penanti bahawa pilihan raya kecil ini adalah demi kepentingan mereka - walaupun realitinya rakyat menjadi mangsa dan diheret dalam satu lagi kancah permainan politik Ketua Pembangkang itu.PADA RAKYAT RENUNG RENUNG KAN LAH SIAPA YANG MEMBAZIRKAN DUIT RAKYAT...LU PIKIR LA SENDIRI
macam2 alasan la ko bg bn mmg xde teloq
BalasPadamsudah la.layak ke umnobn citer pasal duit rakyat.pasal bazir duit rakyat apa suma.brp byk dah bn jimat duit rakyat.mana tak bazir duit rakyat,ble praya je u all pakai duit tabur projek parayala,bg kat pengundi la....
BalasPadamcabaran ds anwar untuk umno bn agar tidak bertanding di prk penanti berkemungkinan akan dipenuhi oleh umno kalau mengikut kata presiden umno prk tersebut membazir. sedangkan selama ini merekalah yang mendesak agar fairuz berundur dan mengosongkan kerusi tersebut.
BalasPadamkatakanlah andai kerusi itu penting untuk kepentingan umno adakah umno akan kata prk tersebut membazir?
tidakkah mereka juga yang mendesak agar diadakan sebuah lagi prk di selangor dengan kes eli itu, tidakkah itu juga membazir?
mengapa prk tempat elli (selangor) tidak membazir pula sedangkan penanti satu pembaziran?
mengapa setiap kenyataan yang dikuarkan oleh puak umno sering tidak mengikut fakta.. dan merujuk apa yang mereka sendiri nyatakan..
Bukankah setiap kali pilihanraya umno, polis dan spr yang banyak keluarkan duit rakyat..
oii.. pakai sendiri ler duit pendapatan umno..
drpd dpt kat u all masuk kocek sendiri baik guna utk praya.bole gak rakyat pegi undi.dpt la jgk dorang terlibat.mana tak bazir ble praya tabur duit.projek praya pon ada masa tu.main duit...bazir
BalasPadamkahkahkah....statement pengecut da kluar...takut kena tibai lg ke bro..sudah2 la tu..PRK skarang mmg milik Pakatan Rakyat...
BalasPadamtakyah la bicara pasal membazir...slame ni pun keje BN mmg bazirkan duit rakyat je...hanye mengenyangkan perut anak beranak ngan kroni2..
Praya utk mengganti tokoh politik yg tercemar digelar pmbaziran. Duit berjuta-juta ringgit rakyat diguna melancong Disneyland senyap berbisu. Ternyata, UMNO nie bukannya nak menjimat duit Rakyat. UMNO nie dah takut kalah praya.
BalasPadamsure ke bn tak bertanding.kalu tak bertanding peluang bn menang zero.duit rakyat banyak kalau setakat pilihanraya no hal.tapi nak menang mungkin sukar bn.tu la masalah..duit habis kalah pulak..mak aii
BalasPadamtapi rasa2 BN akan bertanding.saja tu sbb untuk dapat cakap term:bazir duit rakyat...
biar rakyat tegok Bn ni kaki jimat duit rakyat.kempen gak tu..
Nizar betul UMNO memang pondan. Pondan dengan nama Inggeris United Malay National Organisation. Betul-betul pondan ni lansung tak berani tukar nama yang dibagi Tuan Orang Putih. Kah! Kah! Kah!
BalasPadam