tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Ahad, 26 April 2009

UMNO PAS:KRISIS PERAK,YANG BENAR TETAP BENAR

perak2 Di mana kelibat para pengamal media alternatif dan blogger terutama yang memihak kepada pembangkang di dalam isu krisis kerajaan negeri Perak. Adakah apabila perbincangan secara ilmiah dan berdasarkan fakta dibuat hanya segelintir daripada mereka yang sanggup hadir untuk mengetahui kebenarannya?

Adakah ianya bermakna mereka mengakui akan kesahihan kerajaan negeri Perak sekarang mengikut undang-undang dan makanya selama ini mereka mengulas isu pertukaran kerajaan negeri itu hanya melalui logik akal tanpa fakta yang sebenar.

Ini dapat dilihat pada majlis yang boleh diperkatakan sebagai forum anjuran National Press Club (NPC), dan Blogger United mengenai ‘Krisis Di Perak’ di Dewan Bandaran Ipoh , malam semalam dengan dipengerusikan oleh saudara Ahiruddin Atan atau lebih dikenali dengan nama Rocky Bru.

Manakala ahli-ahli panel terdiri daripada Datuk Shafee Abdullah, seorang peguambela dan peguamcara; Datuk Mohd Hafarizam Harun, Penasihat Undang-undang UMNO dan Nga Hoc Cheh, Pengerusi Biro Undang-undang Dap Perak berserta seorang moderator.

Usaha yang dilakukan oleh NPC ini sebenarnya mempunyai motif yang cukup baik dalam mencari titik kebenaran terutama kepada pengamal media alternatif yang juga bertanggungjawab membawakan kepada masyarakat dan orang ramai akan kebenaran perkara yang tidak memihak kepada pakatan campuran.

Ini juga supaya dapat memahami dengan lebih dekat dan jelas akan perihal pergolakan yang berlaku, apabila hal-hal yang melibatkan perundangan dibincangkan.

Sebagai pembuka bicara, Datuk Shafee Abdullah seorang peguambela dan peguam cara mengulas satu demi satu perjalanan pentadbiran di negeri Perak bermula selepas Mac 2008, yang mana ketika itu terdapat kekalutan sementara di dalam proses perlantikan Menteri Besar (MB), tetapi melalui kebijaksaan Sultan Perak, baginda memilih Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai MB kerana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan hanya orang Melayu yang beragama Islam sahaja boleh menjadi MB.

Sebelum itu, sekali lagi menggunakan kebijaksaan Sultan Perak yang diakui arif dalam bidang kehakiman ketika pembentukan kerajaan negeri Perak selepas pilihan raya umum ke-12 yang perkenan kerajaan pakatan pembangkang yang mempunyai tiga logo walaupun Barisan Nasional (BN) mendapat majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan satu lambang.

Begitu juga kaedah yang sama digunapakai pada Februari 2009, apabila menitahkan supaya Datuk Seri Nizar dan exconya meletakkan jawatan kerana hilang keyakinan majoriti ahli DUN serta melantik Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai MB yang baru. Tindakan Sultan Perak Sultan Azlan Shah itu langsung tidak menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Menjurus hal tersebut, Datuk Hafarizam selaku Penasihat Undang-undang UMNO juga turut mengulas kes yang berlaku di Perak dengan brsandarkan fakta sebagai bukti berlandaskan kepada Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Beliau turut memaklumkan, menjawab spekulasi yang ditimbulkan oleh Pengerusi Lujnah Undang-undang Parti Pas, Hanipa Maidin mengenai deklarasi yang diperolehi oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan enam exconya dari Mahkamah Persekutuan yang telah disiarkan di dalam web umno-online dan blog beliau iaitu di www.puu-umno.blogpost.com.

Kebanyakkan hujah-hujah yang dibangkitkan baik dari Datuk Hafarizam mahupun Datuk Shafee Abdullah tersebut, Nga Hoc Cheh selaku Pengerusi Biro Undang-undang Dap Perak itu yang mahu digelar ‘countryside lawyer’ tidak menafikan atau menidakkan, melainkan hanya berulang kali menekankan ‘kembalikan kepada kuasa rakyat’ dalam isu pembentukan kerajaan baru Perak itu.

Dalam isu lompat parti, apabila melibatkan pelopornya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencanangkan mempunyai ‘numbers’, para pendokong pakatan tersebut langsung tidak mengatakan ianya suatu perbuatan yang tidak bermoral, tetapi apabila dua orang Ahli DUN dari Pkr dan seorang dari Dap keluar parti dan menjadi bebas serta menyokong BN, lantas dituduhnya sebagai perbuatan tidak bermoral dan berkepentingan sendiri.

Begitu juga dengan pendapat seorang blogger, pemimpin partilah yang seharusnya bertanggungjawab kepada wakil-wakil rakyat mereka yang bertindak keluar parti kerana mereka itu ketika menjadi calon pilihan raya dipilih oleh kepimpinan parti tersebut, bukan menjadikan rakyat sebagai suatu alasan menidakkan kelemahan diri atau escapisme.

Jelas, usaha yang dilakukan oleh NPC ini adalah bertujuan untuk memberi kedua-dua belah pihak mengutarakan pendapat dan pandangan masing-masing, tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk kemaslahatan negara amnya dan membuktikan demokrasi yang diamalkan di negara ini masih lagi segar.

Inilah kebenarannya!

PAS TAKUT UNTUK MENGHADAPI KENYATAAN YANG MEREKA BERSALAH DALAM KRISIS DI PERAK.BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH

1 ulasan:

  1. UMNO must change totally its "rusty image". Even its logo must change.Get rid of the useless "rusty keris" and replace with a symbol that reflects a real ONE MELAYU !! Our cultural, social, educational and political environment have changed drastically and UMNO must "overhaul" its vision and mission to face new challenges. Our needs and aspirations are now totally different from 50 years ago. We are now living in a very complex and sophisticated world and we must adjust accordingly. Our hopes and expectations are very high and we expect UMNO leaders to be more focus and transparent in carrying out their responsibilities. They must be seen at all times to have the highest integrity of the first order or else UMNO will failed miserably to get the respect due from the Malays.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger