tengok bola disini


Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Rabu, 22 April 2009

PAS JANGAN TERLALU ANGKUH

IPOH 21 April - UMNO dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini meminta Pas tidak bersikap angkuh dalam memastikan perpaduan orang Melayu terus terpelihara demi kelangsungan politik di negeri ini.

Menurut mereka, ini kerana keangkuhan Pas untuk tidak bekerjasama dengan UMNO telah menyebabkan perpaduan orang Melayu makin terhakis sejak kebelakangan ini.

Ketua UMNO Bahagian Bagan Serai, Datuk Zaili Cha berkata, Pas perlu berfikir dari sudut agama dan secara logik kerjasama itu untuk memastikan orang Melayu tidak berpecah belah.

''Kerjasama UMNO dan Pas perlu bagi membolehkan parti dapat mentadbir orang Melayu tanpa mengetepikan kaum lain.

''Tetapi kita tidak boleh paksa kalau Pas dah cakap tidak boleh kerjasama dengan UMNO," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin semalam bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO walaupun ia bertujuan untuk memastikan kestabilan politik dapat diwujudkan di negeri ini.

Sebaliknya, Mohammad Nizar meminta Sultan Perak, Sultan Azlan Shah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai langkah terbaik ke arah mencapai kestabilan politik itu.

Mengulas lanjut, Zaili berkata, kerjasama Pas dan UMNO diyakini dapat menentukan tidak berlakunya perpecahan yang lebih teruk kalangan orang Melayu di negara ini.

''UMNO harap Pas sedar dan menjalinkan kerjasama demi kepentingan orang Melayu," katanya.

Sementara itu, Kesatuan Anak Melayu Islam Perak (Kami) juga meminta Pas supaya memikirkan tentang kepentingan orang Melayu melalui kerjasama dengan UMNO jika parti itu benar-benar berpegang kuat pada agama Islam.

Ketua Penerangannya, Hafizul Abdul Hamid berkata, perpecahan di dalam masyarakat Melayu beragama Islam agak membimbangkan dan ia boleh mendatangkan kesan negatif jika tidak dibendung dengan serius.

''Saya harap Pas dapat bekerjasama dengan UMNO demi menyatupadukan orang Melayu di negara ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

SOKONGISA4.png (400×386)

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular


SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.
moh ikut, jangan perlekehkan.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH