tengok bola disini

Rakan seperjuangan

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

SAPA NAK HUBUNGI ANWAR

LU ORANG PIKIRKAN LA

LU ORANG PIKIRKAN LA

INI LAH PEROSAK BANGSA

INI LAH PEROSAK BANGSA

SAMA TAK?

SAMA TAK?

PEROSAK BANGSA

PEROSAK BANGSA

Isnin, 20 April 2009

UMNO TIDAK MENGHASUT RAKYAT BUAT HURU HARA


Sultan Perak, Sultan Azlan Shah ketika menyampaikan titah pada istiadat menghadap sembah taat setia dan penganugerahan darjah kebesaran negeri Perak sempena ulang tahun keputeraan baginda ke-81 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam. – BERNAMA


Selama umno berkuasa ,tidak pernah umno dan BN menghasut rakyat agar membuat huru hara dan menyemai rasa benci pada institusi beraja yang boleh diibaratkan sebagai MENYALAKAN API DALAM SEKAM.

Pada parti politik siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya.Inilah ingatan Sultan Perak pada segelintir parti politik yang lebih mementingkan kuasa dari melihat negara aman.Bagi saya ini bukanlah perjuangan Umno.Perjuangan Umno adalah untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan diri atau sekutu.Inilah bahayanya Parti kalau berkuasa tapi semuanya diputuskan oleh parti lain yang lebih berkuasa.

Pada saya perkara ini harus dipertanggungjawabkan pada PAS kerana PAS la yang memulakan segalanya.Tak mungkin Sultan akan memberi peringatan kalau perkara begini hanya melibatkan orang politik.Tapi Institusi sudah diheret oleh PAS dengan menanam sifat buruk sangka dan benci hanya disebabkan kuasa Sultan dalam perlantikan MB Perak.PAS perlu menginsafi apa yang telah dititahkan oleh Sultan bahawa perbuatan seumpama itu bukan sahaja amat berbahaya tetapi juga boleh memusnahkan kerukunan rakyat dan negara.

Titah baginda, seseorang raja sebenarnya berada ‘di atas politik’ dan tidak boleh turun berdebat secara terbuka dalam memberi jawapan dan penerangan untuk menangkis tohmahan serta fitnah yang dilemparkan oleh kumpulan politik terbabit.

Betapa kumpulan politik tertentu merasakan mereka tidak pernah silap serta memiliki kekebalan. Betapa pula beberapa individu politik yang merasakan diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan, memiliki imuniti daripada sebarang tindakan undang- undang sehingga undang-undang diketepikan atas matlamat untuk mendapatkan kuasa,

Bagi saya apa yang di Titah oleh Sultan amat mudah untuk difahami dan saya merasakan PAS terutama Nizar dan barisan kerajaan haramnya perlulah akur dan menerima segala kenyataan apa yang sudah diputuskan oleh Sultan dalam kemelut perlantikan MB Perak.

Tegas baginda, dalam menghadapi kemelut ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini, aktiviti-aktiviti politik secara keterlaluan kerana perebutan kuasa tidak akan memberi manfaat kepada warga, malah rakyat biasa akan menjadi mangsa kerana terpaksa bergelut untuk memiliki keperluan hidup harian.

Titah Sultan ini bertepatan dengan langkah yang diambil oleh DSN yang merasakan Umno tidak perlu bertanding dalam prk dun Penanti kerana ini adalah satu muslihat Anwar untuk menghancurkan nasib orang melayu yang masih jauh ketinggalan dalam bidang ekonomi

Jelas Sultan Azlan Shah, baginda sendiri dari semasa ke semasa turut menzahirkan teguran, pandangan dan nasihat baik secara terbuka mahu pun tertutup berkaitan perkara-perkara yang tergelincir daripada dasar dan garis perundangan.

Namun kesilapan yang berpunca daripada beberapa individu atau yang berpunca daripada kumpulan tertentu jangan sampai ke peringkat mendorong warga dan bangsa berfikiran singkat mahu meruntuhkan sistem dan institusi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak seimbang, hatta membawa kepada keadaan huru-hara.

Yang menjadi masaalahnya ,Nizar langsung tidakmenghiraukan nasihat Sultan agar beliau dapat memberikan kerjasama pada kerajaan baru.Ibarat mencurah air kedaun keladi ,segala nasihat Sultan tidak masuk kedalam hati NIzar tapi telah mengheret rakyat agar menentang balik Baginda dengan mengadakan demonstrasi dan huru hara.Apakah dengan mengingkari perentah pemerentah tidak akan derhaka atau melakuka dosa .

Barang dijauhkan Allah, bangsa menghadapi nasib malang ‘menang sorak kampung tergadai’, akhirnya terpaksa mengemis di bumi sendiri.Apakah PAS atau Nizar tidak dapat memahami apa yang tersurat dalam pemikiran Baginda Sultan Perak.Sultan Azlan turut mahu tafsiran bahawa raja berperlembagaan adalah raja sekadar lambang tanpa sebarang kuasa diperbetulkan segera.

Raja pemerintah bukanlah daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan, bahkan segala perkara yang berlaku dalam negara ini adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan raja pemerintah.

Perlu ditegaskan bahawa raja berperlembagaan itu memiliki tiga hak iaitu hak untuk menyampaikan nasihat dan pandangan, hak untuk memberi galakan dan dorongan serta hak untuk memberi peringatan dan teguran,” titah baginda.

Tapi ,PAS dan Nizar tidak mahu memahami hasrat tuanku Sultan kerana bagi PAS kuasa adalah segalanya walaupun orang melayu menjadi mangsanya.

Tegas baginda, peranan raja pemerintah adalah mengatasi apa yang tersurat dalam peruntukan Perlembagaan.

Raja pemerintah, titah baginda, mempunyai tanggungjawab yang lebih luas dalam memastikan semangat Perlembagaan, falsafah di sebalik setiap undang-undang yang tersurat, kepentingan negara dan warga negara agar sentiasa dilindungi.

Justeru, berlandaskan semangat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, kata Sultan Azlan Shah, raja-raja mempunyai peranan Perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja, melindungi agama Islam, melindungi bahasa Melayu dan melindungi kepentingan sah kaum- kaum lain.

Pada saya PAS mahu pun Nizar tidah mahu belajar dari sejarah yag mana negara ini hancur dek sifat irihati dan sombong.Pada saya PAS iri hati dengan kejayaan Umno selama ini dan sombong bila mendapat kuasa tanpa mahu mendengar nasihat dari orang orang melayu apatah mahu mendengar nasihat dan teguran Sultan.

Kerana sifat itulah PAS tersingkir kerana sifat sifat nya tadi....KITA RENUNG RENUNGKAN LA....LU PIKIR LA SENDIRI

2 ulasan:

  1. yer lah tu org UMNO tu baik, alim & menjaga kepentingan rakyat selau....pooooooooooooorrrrrrrrraaaaaaahhhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  2. Umno tak menghasut rakyat buat huru hara tapi Umno perbodohkan rakyat itu yang buat huru hara.

    BalasPadam

SILA ULAS APA YANG ANDA BACA

PERDANA MENTERI MALAYSIA

PERDANA MENTERI MALAYSIA
YAB DATO SERI NAJIB TUN ABDUL RAZAK

Timbalan Perdana Menteri

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

NEGARAWAN TERULUNG

NEGARAWAN TERULUNG

ShoutMix chat widget

CHATROLL KAMALFARSYA

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Jumlah Paparan Halaman

BLOG SARAWAK

BLOG PEMBANGKANG

Catatan Popular

SABDA HADIS

Rasullullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya apabila seorang manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak dapat naik. Kemudian laknat itu akan turun ke bumi lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari jalan kiri dan kanan lalu ia tidak menjumpai jalan haluan. Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat, sekiranya orang itu memang layak dilaknat maka laknat itu akan terkena padanya. Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula." Riwayat Abu Daud

Huraian

1. Maksud laknat itu ialah jauh daripada rahmat Alllah S.W.T. kerana kemurkaanNya.

MARI MEMBACA AL QURAN

CELIK AL-QURAN
Kepada kaum Muslimin & Muslimat, yg ingin belajar mengaji atau mendalami tajwid secara percuma, sila klik disini, insyaallah semoga kita semua menjadi umat Islam yg celik AlQuran serta diberkati oleh Allah

AsmaulHusna

Photobucket

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)

JANGAN MEMBERI (LAPORKAN)
JANGAN TERIMA (LAPORKAN)

Bank islam online

ZAKAT

ZAKAT
bayar secara online

KIBAR JALUR GEMILANG

Berkibarlah dikau di bumi bertuah

NEGARA MALAYSIA

YANG JAUH DAN DEKAT SINGGAH

Windows Live Messenger